Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Buai & Ais Krim.......

Semalam.. masa amik ammar.. ibu bercerita.. ammar turun dari buai sendiri… entah macam mana gaya dia turun dari buai sendiri.. tak dapat aku bayangkan… ibu kata, masa tu dia keluar jap g buang sampah.. ammar & anak-anak ibu tido… jadi dia tinggalkan la sekejap.. tup..tup.. bila balik rumah.. dia tengok buai kosong.. berderau jugak darah dia.. rerupanya si ammar dah duduk belakang buai sambil main kain buai.. siap sengeh-sengeh dan buat bunyi ala-ala sin chan lagi tu… sib baik tak terantuk ker apa.. bahay skang nie..ammar da banyak benda yg dia pandai.. petang semalam jugak.. masa amik ammar.. anak-anak ibu makan ais krim Malaysia… si ammar apa lagi bila tengok makanan.. sibuk nak jugak.. bukan main bising mulut dia kalau kita tak bagi.. bila dah bagi makan ais krim, tak reti nak stop plak tu.. itu la 1 kelebihan ammar.. makan tak pernah nak menolak.. pastu pandai plak tau makanan orang besar lagi sedap dari nestum dia..

arinikan... Ada pasar malam kat pekan Salak… tadi dah SMS hubby ajak dia g pasar malam.. tak payah nak masak @ beli lauk.. lagipun dah lama tak g pasar malam.. sejak ada ammar nie, bleh kira baper kali jer g pasar malam.. payah bawak baby g pasar malam.. nak-nak berasak-asak time nak membeli..rimas betul… skang ammar dah besar.. bleh la g pasar malam.. nak dukung dia pun dah bleh buat pelbagai stail… walaupun berat badan ammar skang dah cecah 9.25kg… kena gilir-gilir ngan hubby la mendukung dia… :-)

2 ulasan:

ietams berkata...

okey la tuhh.. leh tatih dah lepas nih..

mila80 berkata...

belum bertatih pun da pandai 'ngemas' umah... bila da pandai jalan sok.. ntah mcm mana umah aku dikemasnya.. layan jer la.. proses nak membesar..