Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

GLORY BEACH RESORT..

lepas mandi, kami round2 kat dalam pekan Port Dickson.. dah lama tak meround kat PD nie.. banyak gak la perubahan.. dah ada PD Walk.. kami tak turun pun..kami mandang-mandang dari dalam keta jer.. sebelum balik, kami nyinggah jap kat Glory Beach Resort.. jumpa mak teh ammar.. mak teh ammar skang Praktikal kat situ.. bila sampai kat situ..terus la teringat masa kursus Poyo ngan TWP dulu.. huhuhuh.. ita, ko ingat tak glory nih? mesti ko ingat punya kan.. hehehhe.. penuh ke'poyo'an..
aku dok berborak ngan mak teh ammar a.k.a adik aku yg No.5 a.k.a Salwani.. ammar rimas dok setempat agaknya.. dia pun mintak berdukung ngan kakak Tira dia..
ammar sibuk mandang-mandang mak teh.. dia masih takut-takut tu.. maklum la tak biasa jumpa..
lastnya mau jugak ammar berdukung ngan mak teh.. (ada untung la mak teh arini.. ammar bukan nak ngan semua orang.. hanya orang-orang terpilih jer yg dia nak..)
lama jugak dia berdukung ngan mak teh.. pandang aku pun dia buat dekk jer..
leka menenung mak teh.. serupa ngan mama ker ammar?
dah boring berdukung ngan mak teh, ammar mintak dukung ngan kakak Nana plak..
kami gerak dari PD selepas makan dalam jam 9.15mlm.. samapai kuarters kul 10.15mlm...

Mandi Laut..

Sabtu 28hb Mac yang lepas.. balik dari bershoping kat Econsave Banting, kami bawak ammar dan anak-anak pengasuh g mandi laut… dah lama tak mandi laut… ammar pun mmg suka kalau main air.. hubby cuti sabtu tu.. kami takde plan g memana..itu yg terbit idea nak g mandi laut.. (ayat power tuh..terbit..hehehhe).. akumelayan ammar makan selepas dah lama berendam.. papa tak mandi.. papa dok layan surat kabar kat darat.. hehhehe..lagi pun takde sapa nak jaga barang.. jadi, papa jadi PENJAGA BARANG & MAKANAN aritu…
lapar betul ammar nih.. tekun makan nugget..
dah kenyang perut, sambung mandi semula..
main bola..


dah puas main bola..
smile..papa nak amik gambar kita tu ammar.. masa nih dah pukul 6.30ptg..air pun dah pasang.. kami dah nak naik nie..nak balik..

Ammar & Akif Merempit..

video nie telah dirakam oleh adik ipar aku: Khairil Azhar. Tempat merempit, tak lain tak bukan kat umah dia la.. saja jer upload video nie kat blog.. bila-bila dan dimana-mana dan sapa-sapa bleh tengok video ni..

LCCT baru..

Last week kan, CC ajak g LCCT.. kami g tengok pejabat baru… aritu dah penah pergi.. tapi masa tu Arrival jer yg beroperasi.. Depature belum beroperasi lagi.. so, last week CC ajak tengok Departure International kat LCCT yang baru siap & beroperasi sepenuhnya.. Disamping itu kami bawak sekali Juruteknik Komputer (FT17) yang baru melapor diri dan FT17 nie akan ditempatkan di LCCT.. (kalau tak bawak kang, sesat plak budak nie nak datang keje.. dia pun tak penah samapi LCCT.. dan dari lawatan rasmi tak rasmi kami nih, ini la dia sedikit sebanyak gambar yang dapat aku snap untuk simpanan rasmi pejabat dan tak lupa untuk blog aku nih.. hehehheh..


kami masuk melalui International Departure.. ini la eskalator yg mmg korang kena naik kalau nak g oversea..





naik2 terus jumpa kaunter imigresen... cop passport dulu yer...
ada screen utk tgk jadual flight...

ramainya org.. luas betul tempat nih.. berbeza sungguh denga yg dulu.. selesa sikit org nak bekerja & penumpang...




lepas departure, kami g kat arrival plak.. pun ramai manusia...

siap ada tempat duduk lagi tuh..kira ok la..

antara kemudahan yg telah disediakan.. tempat nak menulis.. sesiapa yg mendarat, kena isi kad mendarat yer.. borang IM.26.. (kalau tak silap aku la guna borang IM.26 ni..)

ini la kaunter imigresen di Arrival..

di sepanjang pejalan kaki dari kaunter imigresen di Arrival.. kita bleh tengok kapal lagi tuh..

Tune hotel dah siap dah kat LCCT nie..


aktiviti Petang (weekend) papa & ammar

ini la dia aktiviti papa & ammar bila petang2... bawak ammar me'round' kuarters naik motor.. kadang2 kalau mama takde benda nak buat kat umah, mama ikut gak la...



aktiviti naik motor nie, atok batang jelai (pak mertua aku) yang ajar ammar... ingat kan ammar takut la naik motor..tapi rerupanya dia seronok.. udah la bila nengok motor jer mesti dia nak naik..tak kira la motor siapa pun..

ke Hospital Putrajaya

25.3.2009 – pepagi aku dah bangun.. bersiap..bila aku da siap2 kejutkan ammar & papa.. arini kena bawak ammar g Hospital Putrajaya.. ada appointment ngan Doktor Pakar.. kami kuar dari umah jam 8.00 pagi.. sampai kat spital dalam jam 8.35pagi.. bila dah daftar, kami terus menuju ker kaunter ‘C’ iaitu Klinik Pembedahan.. bleh tahan gak ramai orang arini..
Ammar macam biasa la bila tengok ramai orang, dia suka la.. terjerit-jerit.. sibuk nak jalan.. kena la papa pimpin ammar.. melayan kerenah anak yang nak membesar..

Dah tak larat papa nak pimpin ammar, papa dukung & bawak ammar masuk bilik permainan..




Pukul 11 lebih baru nombor kami di panggil.. kami masuk bilik no.43.. masa tu ammar tengah tido..baru lelap 10minit… bila masuk jer dalam bila doktor..baringkan dia atas katil, dia terus terjaga & menangis.. mengantuk sangat..mana dia tak mengamuk.. terpaksa la dukung dia sambil doktor meng’check’.. dan resultnya, doktor tak dapat bagi kata putus lagi.. nak observed lagi gamaknya… last year..jumpa doktor pakar, dia kata umur ammar 1 tahun dah boleh operate.. tapi doktor yg nie kata nak tunggu sampai umur 2 tahun plak.. hai..entah ler.. so, doktor bagi next appointment pada 16.9.2009 nanti… tunggu jer la..
Kami gerak balik sampai rumah pukul 12.20tgh.. terus hantar ammar rumah ibu coz aku nak masuk keje.. papa cuti arini.. (aku nak kena jimat2 cuti..nanti bila ammar operate nak kena apply banyak cuti lagi..)

Ammar dan Basikal Baru..

Aritu, atok ammar (mertua aku) belikan beskal untuk ammar.. hadiah besday ammar yang pertama.. masa memula beli tu, ammar tak baper pandai nak men’gaya’kan beskal tu.. tapi bila dah lama-lama.. bukan main laju lagi dia bawak beskal.. tapi bukan kayuh guna pengayuh tu la.. dia kayuh kat lantai jer.. (belum pandai & kaki tak baper nak samapi kat pedal letak kaki tuh..) tengok la gaya ammar bawak beskal dia nih.. kelakar..siap riang ria kanak-kanak rebina lagi tuh! Seronok ek jadi budak… Takde masalah..



ini bila dia dah muak dok atas beskal.. mintak turun...nak turun sendiri dia tak reti...

Dah Pandai Minum Susu Formula..

Skang ammar dah pandai minum susu formula kalau dok dengan aku kat rumah.. siap pandai nak minum susu pakai botol cantik.. kalau botol yang biasa-biasa dia taknak minum..kena salinkan dulu susu ke botol cantik baru dia nak minum… tengok la perangai ammar time menyusu.. (masa nie mertua aku datang umah..)