Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ke Hospital Putrajaya

25.3.2009 – pepagi aku dah bangun.. bersiap..bila aku da siap2 kejutkan ammar & papa.. arini kena bawak ammar g Hospital Putrajaya.. ada appointment ngan Doktor Pakar.. kami kuar dari umah jam 8.00 pagi.. sampai kat spital dalam jam 8.35pagi.. bila dah daftar, kami terus menuju ker kaunter ‘C’ iaitu Klinik Pembedahan.. bleh tahan gak ramai orang arini..
Ammar macam biasa la bila tengok ramai orang, dia suka la.. terjerit-jerit.. sibuk nak jalan.. kena la papa pimpin ammar.. melayan kerenah anak yang nak membesar..

Dah tak larat papa nak pimpin ammar, papa dukung & bawak ammar masuk bilik permainan..




Pukul 11 lebih baru nombor kami di panggil.. kami masuk bilik no.43.. masa tu ammar tengah tido..baru lelap 10minit… bila masuk jer dalam bila doktor..baringkan dia atas katil, dia terus terjaga & menangis.. mengantuk sangat..mana dia tak mengamuk.. terpaksa la dukung dia sambil doktor meng’check’.. dan resultnya, doktor tak dapat bagi kata putus lagi.. nak observed lagi gamaknya… last year..jumpa doktor pakar, dia kata umur ammar 1 tahun dah boleh operate.. tapi doktor yg nie kata nak tunggu sampai umur 2 tahun plak.. hai..entah ler.. so, doktor bagi next appointment pada 16.9.2009 nanti… tunggu jer la..
Kami gerak balik sampai rumah pukul 12.20tgh.. terus hantar ammar rumah ibu coz aku nak masuk keje.. papa cuti arini.. (aku nak kena jimat2 cuti..nanti bila ammar operate nak kena apply banyak cuti lagi..)

2 ulasan:

ietams berkata...

ape yg nak kene operate?
effect dr jaundice tinggi dulu tu ke

mila80 berkata...

Bukan effect dari Jaundice.. Telur ammar sebelah tak turun.. doktor dah sahkan bukan angin pasang..telur ada..tapi tak turun dok kat ari-ari.. mmg kena operate..