Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

resepi Biskut Arab @ Biskut Sugi

menu kuih raya yg ke-3 aku buat tahun nie ialah.. biskut arab @ sugi.. bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1 kilo tepung gandum
2 cawan gula kastor
2 tin sederhana minyak sapi

uli semua bahan-bahan tadi sampai la sebati.. pastu boleh la bentukkan kuih ikut suka ati korang.. macam aku, lebih suka taruk dalam paper cup nie.. sonang.. lantak pi la nak bentuk camner pun..dah dok dalam aper cup tu takde sapa pertikaikan bentuknya deh.. kalau mak aku, suka bulat2kan jer tanpa masukkan dalam paper cup nie.. pendek kata, ikut suka korang la nak pelbagaikan bentuk rupanya macam mana..
ini pula aktiviti membakar.. masih sama cam tat gulung suhunya 180darjah selama 30 minit..
ini ler rupanya biskut arab @ sugi yang telah siap dibakar.. juga kena kasi dia sejuk dulu baru boleh masuk dalam bekas..
ready nak dok dalam bekas dah...

0 ulasan: