Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan Iwan & Asmah

tanggal 8 November 2009, termetri la ikatan PERTUNANGAN diantara KHAIRIL EDZWAN & NORASMAH.. lokasi: Kg Sesapan Kelubi, Beranang.. nak citer banyak pun mama tgh takde idea skang nie.. gambar nie pun dah lama diupload dan terperap sbg draf... punya la takde idea.. so, layan gambar jer la... bawah: tuan punya badan yg bertunang..

hantaran sebelah lelaki, temanya warna hitam & putih... hasil kretip tangan mama yg tak berapa nak kretip... boleh la daripada takde rupa langsung.. dan yg paling mama suka, time mama buat hantaran nie, ammar muktafi baik jer..tak usik pun barang2 nak buat hantaran... bawah: hantaran sebelah lelaki...

memula nak bagi 7 dulang..tiba masa, jadi 8 dulang...

bawah: bekas cincin

bawah: bakul gula-gula & coklat

bawah: kain pasang

bawah: sireh junjung yang tak berjunjung

bawah: bakul buah-buahan

bawah: album duit hantaran

bawah: ketibaan keluarga sebelah lelaki... umang aiii..ramai lak hah! ni belum semua mak2 sedara & pak2 sedara, sepupu sepapat ikut nie... (keluarga sebelah papa..mmg terkenal ngan ke'ramai'an nya..)


bawah: lepak kat luar separuh dari tetamu sebab dalam umah dah penuh... lepak luar pun best gak..berangin jer dok atas bukit nie...


bawah: dalam umah..sesi berbalas pantun.. hehehhe takde la.. bohong jer.. ini sesi meminang la..



bawah; wakil pihak lelaki.. Paman Shamsudin (sepupu pak mertua)


bawah: wakil pihak perempuan sedang mengira jumlah duit hantaran...


bawah: sesi bakal mak mertua menyarung cincin pulak..




bawah: hantaran kedua belah pihak


bawah: antara yg hadir.. busu mila sekeluarga


bawah: akif & ammar


bawah: asmah & bakal pak mertuanya (pak mertua aku daaa..)


bawah: asmah & bakal mak mertuanya (mak mertua aku daaa..)


bawah: asmah & bakal birasnya yg sulung (hehhehe aku daaa...)


bawah: ammar nangis berdukung ngan ayah chik masa nie...


bawah: menjamu selera...


bawah: muhamad khalif rayyan atas riba mak long... (mak long tu aku daaa..)


bawah: sesi memotong kek pertunangannya...lokasi: umah nenek ulu



bawah: ammar muktafi merembat buah...



sekian....

Teater Tok Janggut dan Teater Miao-Miao Sang Arnab

17.10.2009 (sabtu): kami 3 beranak beserta atok & wan ke Kuala Lumpur.. nak tengok teater.. pak su berlakon teater... tajuk: Miao-miao Sang Arnab.. teater bermula jam 2.30ptg.. tapi kami sampai awal dalam kul 12.45tgh... sebab kuar awal dari rumah, wan takut tersesat, takut tak jumpa Taman Budaya... (walhal aku tau tempatnya..belakang bus stand klang) huhuhuhu.. sesampai jer kat area CM, bas mmg banyak la kan.. dan ammar pulak tak senang duduk la dalam kete..walaupun masa tuh mata dia dah mengantuk.. sibuk dia cakap "nyayakk bas ayah! nyayakk bas ayah!!" hah, perkataan nyayakk tu untuk "nak naik" ntah macam mana ammar bleh sebut yayakk kami pun taktau.. tapi tiap kali dia nak naik/turun dari apa sahaja..dia mesti sebut "nyayakk".. lepas parking kete, kami makan & jumpa pak su dulu..lepas makan, kami bawak ammar g bus stand klang.. nak bawak ammar naik bas.. kesian lak kat dia asyik mintak naik bas tapi jarang2 dapat naik bas ayah.. lagi pun baru pukul 1 lebih masa tu.. masih banyak masa lagi nak nunggu teater bermula.. kami memilih bas yang laluan sekitar Kuala Lumpur... bawah: kami pilih bas no. U81
bawah: sedang beratur nak naik bas..


kami naik dari bus stand klang sampai KL Sentral jer... jauh sangat la pulak nak g Subang tuh... bawah: ammar yg leka memandang org sekeliling dalam bas...
sampai kat KL Sentral, ingat nak bawak ammar naik Monorel... tengok ramai orang beratur utk beli tiket..dalam pada mama & papa menengok clear ker tak kaunter monorel tuh, ammar muktafi telah mengenal pasti bas seterusnya yang dia nak naik... kebetulan bas Metro ke Pantai Dalam berhenti depan kami..terus la ammar berlari mendapatkan bas sambil cakap "nyayakk bas ayah!!! nyayakk bas ayah!!!" nak tak nak, kena la kami ikutkan jugak... sib baik bas pilihan ammar nie pusing tak jauh sangat..laluan bas sekitar: Pantai Dalam, Bukit Angkasa, apa lagi ek? tak ingat dah laluan bas tuh... yang nyata kawasan Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim.. hua..hua..hua.. tak pernah mama & papa meround area nurul izzah nie.. disebabkan ammar, sampai jua kami... bawah: ammar semasa dalam bas Metro...









seronok betul ammar dapat naik bas... anak mama nie suka kenderaan awam gamaknya...
bawah: akhirnya ammar terlena jua...



kami turun kat CM... lintas jalan terus ke bas stand klang..dan jalan lagi terus ke Taman Budaya yang bersebelahan dengan Balai Polis Trafik... ammar? tido lagi... lenguh jugak tangan mama dukung bujang sorang nie..


bawah: depan Taman budaya..

bawah: kami dalam panggung.. ammar baru bangun tido masa nie... dapat tido kejap jer..



bawah: Teater Tok Janggut dah bermula... hanya monolog sahaja... sorang ni jer pelakon Tok Janggut...

bawah: Pelakon dan penulis skrip...

bawah: Teater Miao-miao Sang Arnab baru nak mula...

bawah: intro yang menarik dari Miao-Miao sang arnab...

bawah: ammar terlopong menenggok intro yang agak menyeramkan... sib baik ammar dok diam...

selesai teater jam 4petang... bawah: ammar leka main air lopak..




note:
ayah = suami pengasuh ammar