Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Heritage village

Lepas makan tadi, masuk jer kete, ammar terus menenen & lena… sampai jer kat heritage village, ammar masih tido lagi.. kena la kami tunggu ammar bangun… bujang nie skang tido siang kejap2 jer.. buat hilang ngantuk jer.. lepas 1 jam ammar tido, dia pun jaga… jaga-jaga jer dia terus tunjuk sana sini.. kami pun tak lengah la kuar dari kete… masa tu pun dah pukul 2 petang… tadi masa tang jauh, nampak cable car yang menyambungkan puncak ke puncak, ingatkan cable cat bebetul kat puncak jer.. ingat nak kena bawak keta sampai puncak ker.. rerupanya naik cable car dari bawah…naik dari heritage village nie…
Kat sini banyak kedai jual souvenir dan baju…

Burau Bay

Memula nampak tempat nie, wah…cantiknya… apa kenama tempat nie? Sebenarnya kami nak singgah makan sebelum naik cable car.. lagi pun masa tu dah tengahari.. ammar pun dah lapar… tapi sebelum kami melangkah menuju ke KFC, sempat plak posing berlatar belakangkan kapal layer nie.. ammar pun macam pelik jer tengok banyak sangat kapal..
papa ajak makan kat luar.. bleh amik angin dan tengok pemandangan sambil makan-makan…
tengok la ammar yang lapar.. gengam erat kentang goreng dia tuh…

Beras Terbakar – Padang Mat Sirat

Sebelum sampai kat beras terbakar ni tadi, kami dah singgah kat Batik Village.. tapi kami lupa plak nak amik gambar… sampai jerk at tempat kejadian beras terbakar, aku cam pelik jugak la.. aik? Ada rumah? Bleh masuk ker? Rumah nie umah orang ker atau cam umah asean kat Melaka tu? Bila tanya hubby, hubby kata tu rumah orang..hehehe..baru ingat nak naik atas umah tu.. cantik kat bijik mata aku..kemas plak tu.. laman dia pun bersih jer.. papa tak amik gambar plak…

Papa plak, sempat amik gambar beras terbakar yang dah tinggal sepinggan untuk dilihat...

Ini la dia citer macam mana wujudnya beras terbakar ni… bleh nampak tak tulisannya?

Lepas tengok beras terbakar, kami shoping la… apa la lagi ‘keje’an aku nie.. sempat beli kain batik 5 helai untuk mak, mak mertua, ibu, nenek.. pastu beli baju ammar, akif & alisya… lepas da beli2 baru kami gerak ke Destinasi seterusnya…

Hari yang sungguh indah…

7.1.2009 – pukul 6.35pagi ammar da bangun dari tido.. bangun sebab dia da lapar.. malam tadikan tido awal..tak sempat makan malam pun si ammar.. mama & papa pun tapau makan kat dalam bilik jer…
Lepas bagi ammar makan roti, kami dua beranak g jalan-jalan kat tepi pantai… papa tido lagi masa tu.. (malam tadi aku tido awal gak.. papa taktau la tido kul baper..)
Halusnya pasir kat sini… tak sama sungguh ngan pasir pantai kat PD (kasar)… pasirnya putih plak tu… kalau kat PD dah macam pasir sungai jer aku tengok… bila pikir ammar belum mandi, aku letak ammar kat atas pasir tu.. memula, ammar macam pelik gak…dia pandang jer pasir tu…agaknya dia pikir..apa benda nie?
Bila mama kata, tu pasir la ammar.. terus la ammar sengih2 sambil pandang kat laut…
Bila dia tengok mama tak marah, ammar pun ramas-ramas pasir tu.. main2 ngan pasir.. dalam pada mama tengah snap gambar ammar, dia dah masukkan pasir dalam mulut dia plak.. terus aku angkat ammar & bawak dia balik bilik.. (sebab dah tak bleh nak control dia…ammar da nampak air la plak.. mesti dia nak g berendam cam petang semalam..)
Sampai kat bilik, ammar sambung nyusu plak.. pastu terus dia terlelap semula..sampai la ke pukul 9.00pagi… terus kami siap-siap untuk keluar sarapan dan meneruskan penjelajahan di Pulau Langkawi nie.. arini papa plan nak bawak kami g kat Batik Village, Beras terbakar kat Padang Mat Sirat, naik cable car kat Machincang dan g Makam Mahsuri…

Ingat ada la laksa pepagi arini.. tapi hampa jer rasanya.. kata pakcik kedai tu, “budak dah sekolah..tak sempat nak buat laksa..” huhuhu..layan nasi lemak jer la.. murah jer nasi lemak kat sini.. RM1 sebungkus.. ok la… makanan kat sini tak la mahal sangat.. boleh la..serupa jer macam kat N9…

Mandi kolam

Memang hajat aku nak bawak ammar mandi kolam.. dan selebihnya sebab aku dah lama sangat tak mandi kolam… dah lama tak berenang.. rasa-rasa aku ingat lagi tak cara-cara nak berenang tu? Entah la.. rasa macam ingat, tapi kadang rasa macam tak ingat dah.. hehehe.. layan jer la… sebelum g kolam kena tukarkan ammar ngan swimming suit dia.. (sempat beli swimming suit ammar kat terminal 1,seremban. masa g perhimpunan warigh menuang aritu).. aku beli saiz 8.. besar skit la kat ammar… memula nak amik saiz 6.. tapi bila pikir nak pakai lama baju tu biar sampai ammar umur 1-2 tahun, terus beli saiz 8.. dan ini la rupa ammar ngan swimming suit dia…
Sampai kat kolam, terus celup ammar dalam air.. ingatkan dia takut.. rerupanya…pelbagai aksi plak yang dia buat dalam air tu…
Pas kat papa plak.. hehehe..mama nak g berenang kat kolam yang dalam tu plak… nak lepas gian.. (dulu, kat opis lama , tiap ari khamis ada belajar berenang..tapi sejak pindah KLIA, dah lama tak berenang..suar renang nie pun dok terperuk jer kat dalam almari.. sib baik elok & muat lagi…)

Ammar dok berendam dalam kolam tak mau kuar.. sampai papa sound kami… hehehe.. dah pukul 7.20mlm baru kami kuar dari kolam.. ammar yang dah genyeh-genyeh mata menandakan dia dah ngantuk tapi masih excited nak mandi kolam…

Sampai bilik, aku mandikan ammar pastu papa pakaikan baju ammar… elok jer aku kuar dari toilet, ammar nangis-nangis… dia da ngantuk sangat la tu + ngan dah lapar susu.. lepas nyusukan ammar, terus dia lena-selena-lenanya…sampai la keesokkan paginya…

Dataran Helang – Langkawi

Dalam pada nak amik angin kat sekitar resort tu jer, kami terus naik keta g ke pekan kuah…jalan punya jalan, terus kami sampai kat dataran helang nie… masa tu dah pukul 5 lebih.. tapi panasnya macam tengahari… memula rasa malas nak turun.. sebab aku tak pakai tudung.. ye la tadi jalan kat resort jer.. sekali terus ke sini.. ingat nak dok dalam keta jer.. tapi bila dah sampai kat sini, terus turun.. tapi tanya hubby dulu la..bila hubby kata, bleh turun, aku pun tak lengah la turun dari keta… dan ini la antara pemandangan kat dataran helang tu… (gambar aku tak bleh upload..rupa tengah tak semenggah..) uik..rerupanya jetty kuah kat sebelah dataran helang…


Balik dari dataran helang tu, sempat lagi kami singgah kat kedai yang duty free.. beli t-shirt untuk di jadikan ole-ole untuk adik beradik kami.. hubby ada 5 org adik + aku ada 6 org adik… kami borong 11 helai t-shirt langkawi kat zeno nie.. murah-murah jer.. pastu kualiti kain ok la dari t-shirt kat dataran helang tu…
On the way balik ke resort…

Federal Villa @ Holiday Villa, Langkawi

Aku tempah bilik Deluxe… murah jer.. semalam RM77… jadi aku dok 3H2M bayarannya RM154.. murah sebab aku amik rumah peranginan persekutuan.. & rate bagi kakitangan kerajaan.. Sesampai jer kat bilik, terus aku baringkan ammar atas katil… kaku la kejap anak bujang aku nie.. dok diam cam patung… pastu sementara aku nak snap gambar dia yang dok kaku baring atas katil tu… dia senyum plak…
Pastu sibuk plak cari bantal.. time ni la plak dia pandai nak guna bantal.. padahal kat rumah tak penah pun aku ajar tido pakai bantal (dari kecik ammar tido mmg tak berbantal…)
Papa yang baru memunggah beg dari keta.. lama betul papa g amik beg..

Lepas aku tukar baju, aku pun baring sama la kat atas katil.. si ammar sibuk nak menyempit kat aku jugak.. tengok la gaya dia nie…

Sekali ammar nampak plak pensil kat meja kecik kat tepi katil… beria-ria dia nak turun nak dapatkan pensil tu.. bila da turunkan, ini la aktiviti ammar… dapat plak kertas.. suka la dia.. (main pensil boleh, tapi kena pantau la..takut tercucuk ker..)


Bila tengok ammar dah makin tak bleh dikontrol ngan pensilnya tu.. papa pun bawak ammar jalan-jalan kat luar…