Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ais Krim

Sedap woo aiskrim nie.. tak percaya??? Tengok gambar kat bawah nie…



Kalau ammar da pegang ais krim sendiri, jangan harap la orang lain nak ngecak.. J

Penang Favourite

Lokasi: Dataran Senawang

Bleh tahan la makanan kat sini… rega pun bleh tahan gak..
Aku order nasi goreng jer..
hubby order keow teow sup
ammar???
Ammar kami orderkan kentang goreng.. tapi kesudahannya kami yang tukang habiskan.. ammar leka memandang sana sini… input..input…

Syakir

Sian Syakir…dia kena dok wad sebab muntah + cirit birit yg melampau + demam.. semalam lagi kami dah diberitahu pasal Syakir tu.. tapi malas nak bawak ammar.. takut jangkit.. aritu ammar dah kena dulu.. doctor kata virus.. virus tu merebak melalui udara… sesampai kat wad, tengok syakir tengah tido… ala sian nyer…. Kecik-kecik da kena dok wad… siang nie, adik ipar aku si emy yang jaga syakir… ipok amik shift malam untuk jaga syakir.. coz laki dia keje malam…

Da petang baru dapat makan nasi adik ipar aku…

Ini la mak aku… mak nak tolong jaga syakir pun tak boleh la masa ni.. mak ada baby tua nak dijaga.. (adik aku yang kemalangan thn lepas)
Kami dok kat spital ada la dekat 1 jam lebih… sampai syakir jaga la… ini la ipok (adik aku)

Perginya seorang Nenek…

 1 Februari 2009 -  kul 11 lebih aku tengok hp, ada 1 sms dari abah… simple jer mesej nyer… “ Wah, baru jer meninggal” abah antar sms tu kul 19:52:35… Innalillah..

Last aku jumpa wah, rasanya bulan 12 tahun lepas.. masa tu dia sakit.. last jumpa dia tu hubby sampai tak cam siapa wah.. apa taknya, badan da kurus muka cengkung, kening semua da jatuh.. (dalam ati aku da terdetik, mungkin wah ni dah tak lama lagi).. rerupanya, bukan aku sorang jer yang terpikir macam tu.. abah pun sama..

 2 Februari 2009 – aku ngan hubby EL arini, kami ke Tangga Batu, Masjid Tanah-Melaka. Abah kata, diaorang kebumikan jenazah arini.. lepas antar ammar kat umah ibu, aku ngan hubby terus gerak g Melaka.. sesampai kat area tangga batu, kami terus tuju kat tanah perkuburan.. coz jenazah dah pun di bawa ke situ… selesai di tanah perkuburan, kami terus menuju kat umah pakcik Rahman kat Sg Udang… ada majlis tahlil pukul 2ptg nanti.. kena tolong mak-mak sedara masak.. arinikan ari isnin, org keje.. mana sepupu2 aku yang keje kat Melaka ni, semua amik half day agaknya.. coz lepas upacara pengebumian tadi, terus tak nampak batang idung… ala..lagi pun rumah diaorang dekat2 sini gak.. mana yang umah jauh jer la berkumpul kat umah pakcik rahman.. lepas selesai majlis tahlil, aku bawak mak balik dulu.. kami gerak kul 3 lebih.. kami nak g melawat Syakir (anak ipok)… kat spital seremban…

Sampai jua…

Chewah..bunyi cam lama sangat la perjalanan kami nie.. walhal 1 jam jer.. tapi serius la…terasa lama nak menyampai kat LCCT ni.. mana tidaknya..melayan ammar… ayah ammar jemput kami kat LCCT… (ammar yang leka tengok orang ramai menanti nak amik beg memasing..)



Sekian, cerita percutian 3H2M di Langkawi… nak buat ucapan sikit la rasanya.. wajib nie.. hehehe… ucapan ini ditujukan khas untuk hubby @ papa @ khairil anwar… terima kasih daun keladi atas tajaan percutian ke Langkawi ni… semoga murah lagi la rezeki papa.. (pasni bleh bawak kami g sabah / Sarawak plak yer?)

Awan Ammar Muktafi

Ala-ala awan Dania la pulak…Hehehe… masa dalam flight ke KUL.. ammar tak tido plak.. dia sebuk berdiri menengok orang… sebabkan seat tu rapat-rapat.. aku takut la ammar tarik rambut orang… kena paksa dia duduk.. masa take off, si ammar sebuk plak pegang-pegang makcik yang dok kat depan kami.. pandai betul bujang aku mencuit orang dari celah seat...


Bila kapal da stabil, aku letak ammar kat seat tengah.. kebetulan sebelah papa takde orang. Kami siap pakaikan belt kat ammar.. pastu sibuk plak la dia memain ngan tali belt tu… nak melepaskan diri…

Antara pemandangan yang boleh dilihat dari seat kami… 




Urut

Masa dalam Balai Berlepas tu ada plak kui urut… teragak plak nak try kusi tu.. badan pun dah lama tak kena urut…papa tukar token kat kedai yang ada kat situ… 3 inggit la rasanya.. aku pun duduk la kat kusi tu sambil masukkan token… sekali bila mesin tu bergerak..mak ai..sakitnya.. macam nak melecet kulit belakang.. papa kata, kena duk diam2.. tapi aku da rasa sakit macam kena cubit dengan bendaalah tu.. terus akubangun.. papa plak yang sambung… ni la dia papa yang sambung ngurut ngan bendaalah nie..

Ammar plak, bila da tengok papa dok kat kusi tu, dia pun nak sama la…

Lepas urut, ammar jadi doktor gigi.. habis rahang papa dia nganga kan… (memula dia bebaik jer ngan papa..gurau2..pastu habis papa kena buli ngan ammar..)