Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Perginya seorang Nenek…

 1 Februari 2009 -  kul 11 lebih aku tengok hp, ada 1 sms dari abah… simple jer mesej nyer… “ Wah, baru jer meninggal” abah antar sms tu kul 19:52:35… Innalillah..

Last aku jumpa wah, rasanya bulan 12 tahun lepas.. masa tu dia sakit.. last jumpa dia tu hubby sampai tak cam siapa wah.. apa taknya, badan da kurus muka cengkung, kening semua da jatuh.. (dalam ati aku da terdetik, mungkin wah ni dah tak lama lagi).. rerupanya, bukan aku sorang jer yang terpikir macam tu.. abah pun sama..

 2 Februari 2009 – aku ngan hubby EL arini, kami ke Tangga Batu, Masjid Tanah-Melaka. Abah kata, diaorang kebumikan jenazah arini.. lepas antar ammar kat umah ibu, aku ngan hubby terus gerak g Melaka.. sesampai kat area tangga batu, kami terus tuju kat tanah perkuburan.. coz jenazah dah pun di bawa ke situ… selesai di tanah perkuburan, kami terus menuju kat umah pakcik Rahman kat Sg Udang… ada majlis tahlil pukul 2ptg nanti.. kena tolong mak-mak sedara masak.. arinikan ari isnin, org keje.. mana sepupu2 aku yang keje kat Melaka ni, semua amik half day agaknya.. coz lepas upacara pengebumian tadi, terus tak nampak batang idung… ala..lagi pun rumah diaorang dekat2 sini gak.. mana yang umah jauh jer la berkumpul kat umah pakcik rahman.. lepas selesai majlis tahlil, aku bawak mak balik dulu.. kami gerak kul 3 lebih.. kami nak g melawat Syakir (anak ipok)… kat spital seremban…