5 Julai 2009 - kami gerak dari batang jelai dalam pukul 5.30 petang... baru jer memulakan perjalanan, ammar dah sanggap-sanggap mengantuk nak tido.. mana la tak mengantuk? dari pagi tadi dia tak tido-tido... ammar lena kat atas riba aku memula tuh..bila dai dah betul-betul lena, kami berenti jap letak dia kat dalam bakul.. jadi idak la mama nie lenguh tangan meriba ammar.. ammar lena sampai la kat seremban.. ngantuk + dah haus... mata pejam, tapi pandai plak ammar ngejas pegang botol susu sendiri... hehehhe.. memula macam tak daya nak pegang botol, aku sendal ngan bantal botol susu ammar.....
Perjalanan Pulang dari Kampung
Karaoke
Dicatat oleh
mila80
Label:
aktiviti,
anak,
batang jelai,
karaoke
/
Comments: (2)
5 Julai 2009 - pepagi lepas sarapan, tak sempat nak ngemas tilam yang beselerakan depan TV, aktiviti berkaraoke telah pun dimula oleh adik ipar aku si izam... hehehe..jangan mare yer izam.. dan seperti biasa, pengikut setia pak su adalah ammar muktafi.. sama sibuk nak microfon.. nengok la gaya ammar nie..
Kepenatan
lepas balik dari Pasoh, kami singgah palong kejap..amik barang yang tertinggal.. lepas papa solat maghrib, kami gerak balik batang jelai.. malam nie, turn tido kat rumah mertua kat batang jelai pula... begitu la kebiasaan kami.. kalau balik kampung, kena balik dua-dua rumah.. baru adil.. kami sampai kat batang jelai pukul 8.45 malam.. ammar leka memain sampai la pukul 12.00 malam, baru dia nak tido.. nak tidokan ammar senang jer, caranya..mama kena tido sama..kalau mama taknak tido, mama kena pura-pura tido.. bila bujang nie tengok mama lelap mata, dia pun tido la.. kalau dia tengok mata kita celik lagi, jawabnya memang dia takkan tido la walaupun dia mengantuk sangat...
Melawat Khalif Rayyan di Felda Pasoh 2
Dicatat oleh
mila80
Label:
anak,
Muhamad Khalif Rayyan
/
Comments: (2)
kami gerak dari Palong ke Pasoh 2 dalam pukul 5 petang... sampai kat pasoh dalam pukul 5.45 petang... keluarga mertua dah sampai dulu kat pasoh nie.. diaorang gerak dari Batang Jelai dalam pukul 4 lebih... sampai-sampai jer..papa terus riba anak buah dia.. (kalau dulu, papa tak berani nak pegang budak yang baru lahir...tapi skang, dah teror dah..)
Perjalanan Pulang ke Kampung
3 Julai 2009- papa balik keje sampai rumah pukul 8 malam.. lepas papa makan, mandi dan sementera tu aku ngemas la baju yang nak di bawa.. kami gerak dari kuarters dalam pukul 9 malam.. singgah kat pekan salak sekejap..isi minyak.. ammar dari awal perjalanan memang dah menunjukkan tanda-tanda mengantuk.. siang tadi, kata ibu..bujang sorang nie asyik main jer..tidonya sekejap sangat.. sampai kat bukit putus..ammar sibuk nak baring dalam bakul yang ada kat seat belakang.. jadi, aku hulur jer la badan ammar kebelakang masuk dalam bakul.. tau je la jalan kat bukit putus yang banyak selekoh tu.. pening kepala dibuatnya.. ditambah pulak ngan bujang yang tak reti nak duduk diam... tapi sib baik la bujang aku yang sorang nie jenis yang reti bahasa.. aku suh dia baring diam-diam dalam bakul..elok pulak dia ngikut kata aku.. dan dalam pada dok diam tu..tau-tau bujang sorang nie dah lelap.. lega la rasanya.. lelap jugak bujang nie akhirnya.. siap dengkur lagi tuh.. mesti penat sangat mengelinjit siang ari.. hehheh.. lena sungguh ammar tido...
Pop Corn
ari khamis 2hb julai baru nie, mertua singgah rumah... lepas makan tengahari tu, kami g rumah busu mila melawat baby baru.. atok ammar ada belikan kudapan untuk ammar.. atok belikan Pop Corn & biskut butter.. malam tu, lepas mandikan ammar... kami berdua tengok tv., papa belum balik lagi dari keje...selalunya begitu lah.. papa sampai rumah kadang-kadang pukul 9 malam.. kadang-kadang pukul 10 malam.. kadang-kadang tu, kami dah tido baru papa balik.. mmmhhhmm... malam tu, ammar leka tengok tv sambil makan Pop Corn yang atok belikan untuk dia... tengok la gambar-gambar kat bawah nie..
sedappp...
kusyuk betul ammar tengok tv.. citer kartun kegemaran dia.. Mickey Mouse ClubHouse..