Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label batang jelai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label batang jelai. Papar semua catatan

Kenangan Raya Tahun 2009

20.9.2009 (ahad): Tahun nie, kami 3 beranak beraya di Batang Jelai dulu.. aku raya umah mertua dulu daa... kalau ikutkan 'turn', memang la tahun nie raya palong pulak.. tapi 'turn' beraya dah jadi kucar-kacir.. masuk tahun 2009 nie, 3 tahun berturut aku beraya umah mertua dulu... memang SAH! aku ingat lagi.. masa tahun 2005, masa awal2 kawen dulu ler.. tahun 2005, kami raya palong dulu.. pastu masa tahun 2006, kami raya kat Rantau (umah mertua).. pastu tahun 2007, kami raya kat Rantau gak dulu..sebab masa tuh, aku tengah ngandungkan ammar..mabuk teruk maa.. pastu, tahun 2008..kenkonon nak balik raya kat palong dulu..tapi dek sebabkan alang sekeluarga turn balik pasoh umah mertua, jadi kami kesian pulak kat mak abah beraya tanpa cucu2 yang dah lama diorang tunggu, kami laki bini sepakat beraya kat batang jelai dulu... so, tahun 2009 nie pun..kenkonon papa nak balik raya palong dulu..(tapi aku tau dalam ati dia, dia nak raya umah mak dia dulu..sebab adik-beradik dia semua raya pertama kat batang jelai)..so, aku pun macam biasa la.. ok jer kalau raya pertama umah mertua.. lagi pun dekat jer dari batang jelai ke palong tuh.. ada la dalam 1/2 jam perjalanan... lagi pun masa 1 hari sebelum raya, kami sempat lari balik palong antar kuih2 raya & baju raya untuk atok palong... yang buat aku seronok nak beraya kat mertua di pagi raya pertama..adalah..time salam raya la.. terasa 'raya'... masa nih la peluang nak tengok memasing berjurai-jurai ngan air mata.. hehehhehe... beza la ngan belah keluarga aku... family aku sempoi jer.. salam raya, ikut dan jer.. tak ikut 'hirarki'... camno nak ubah? kalau dah dari kecik macam tuh? kot nak ngumpul semua sekali dok sekali, pastu salam ikut 'hirarki'.. memang susah la... ado jer benda yang mak nak buat masa tu.. bila mak dah ada, kang adik yg sorang dah kuar g umah kawan la pulak... susah la nak bentuk buluh... hhmmm...
so, ini la dia pagi raya di rumah mertua aku... salam raya ikut 'hirarki'.. jangan nak lawan tokey... kat bawah nie.. pemula salam raya... hehhehe.. mak mertua bersalaman ngan suaminya..pak mertua aku..
pastu turn papa lak sebagai anak sulong.. pastu turn aku lak menantu sulong.. pastu diikuti oleh alang & isteri.. (langkau terus ke alang sebab angah beraya ngan mertua).. pastu kak chik pulak..pastu iwan..pastu izam yang bongsu..
masa salam raya, ammar la orang yang paling bersedih sekali.. berjurai-jurai air mata dia... bukan main kuat dia menangis.. macam ammar paham jer erti salam raya tuh.. hehhehhe..
lepas salam raya, aktiviti bergambar la pulak...
rerupanya, ammar muktafi menangis beria-ria tuh..sebab dia dah ngantuk nak tido.. mana taknya? malam tadi tido lambat, pastu pagi tadi bangun awal.. meragam la dia tak cukup tido.. sib baik ada buai.. masuk>enjut>lelap...ingat nak terus balik palong pas salam raya.. terpaksa la delay nunggu bujang bangun tido..kang kalau main angkat jer bawak balik palong, kompom bujang nie tak cukup tido..coz kat palong tu sepupu-sepupu ammar ramai..dah besar2..pasti ammar tak senang duduk tengok ramai kawan nanti...
dikesempatan ammar lena tido tak sedarkan diri..mama & papa pun bergambaran la berdua.. kami berposing kat ruang keluarga..sebab masa kami tengah bergambar nie..manager estate datang beraya daa...


bila tetamu dah balik jer... tak lengah la kami ke ruang tamu.. berposing kat ruang tamu pulak.. lupa daratan betul kami..hehehhe.. bak kata kak chik "amboi..mentang anak dia tido"...

dek sebab anak sendiri masih lagi lena diulik mimpi..aku sambar pulak anak ke-2 alang.. muhammad khalif rayyan.. semangat sungguh la si khalif nie.. geram mak long tengok..
bila la nak ngandung lagik nie.. ammar pun dah pandai sayang baby.. sejak dia jumpa baby khalif nie, ammar terus suka kat baby.. hajat besar pulak tu... nak dukung khalif..
ammar dah bangun, terus mama sambar ammar dari buai.. suh pak su amik gambar kami 3 beranak pulak...



lepas tu, kami ber-3 bergambar ngan atok & wan ammar pulak...
lepas tu kami semua berkumpul untuk amik gambar 1 keluarga... ini yang kat bawah nie 'sample' untuk pak su ngejas kedudukan kameranya...
ops..gambar 1 keluarga tidak dapat pulak disertakan di sini sebab..gambar tu pakai kamera pak su.. mama lum sempat amik kat pak su lagi... lenlain kali mama upload.. ammar dengan aktiviti makan coklat lepas amik gambar...

selesai amik gambar, kami terus la bergerak balik ke palong... gambar kat bawah nie, aktiviti ammar yang tak reti dok diam dalam kete...

sesampai jer kat palong, terus mandikan ammar dan salin baju lain.. sebab mama nampak ammar rimas jer ngan baju melayu tuh... kat bawah: ammar yang seronok berlari-lari kat umah atok palong...

ammar dengan sepupunya.. ashraf.. anak kak long ana... ammar dah pandai skang nak main PS2 atok..
see..kalau tak percaya..

lepas dah penat berlari sana sini, lepas tengok ikan, itik, ayam cendawan atok...ammar dah kepenatan & mengantuk.. ammar tido untuk kali yg kedua...dan mama & papa pun ikut tido sama la.. petang2 nie takde apa pun nak buat...
kami tido kat palong 1 malam jer... petang raya ke-2 kami gerak balik ke kuarters KLIA... esok raya ke-3 papa dah mula keje... kat bawah: ammar yang tido selepas mama paksa tido...hehhehe..

Bujang aku

gaya apa bujang aku buat nie? Macho? hhmmmm... nampak matang la... dah besar bujang aku nie..








Karaoke

5 Julai 2009 - pepagi lepas sarapan, tak sempat nak ngemas tilam yang beselerakan depan TV, aktiviti berkaraoke telah pun dimula oleh adik ipar aku si izam... hehehe..jangan mare yer izam.. dan seperti biasa, pengikut setia pak su adalah ammar muktafi.. sama sibuk nak microfon.. nengok la gaya ammar nie..
pak su ammar yang bersungguh-sungguh menyumbangkan lagu... hehheheh..
ammar siap baring-baring lagi tuh.. namun nak lepaskan microfon tu jangan harap la..

gaya senang hati...
turn ayah chik plak menyumbangkan lagu... hehhehe..
orang menyanyi, ammar main kat katil...

Gambar Kenangan Masa Auntie Rara Bertunang

sajer upload gambar masa majlis bertunang Auntie Rara.. untuk kenangan & nak berkongsi ngan sesapa yang rasa diri dia tu jauh & tak dapat hadir sama masa majlis nie..... hehhehe.. (mesti paksu ammar terasa nih..jangan marah yer..)

warna Maroon ialah hantaran dari pihak perempuan...kat bawah nie, Kek
yang nie..Kemeja
yang nie.. Buah Apple
yang nie.. Coklat
yang tak berapa nak jelas rupa hantarannya nie... (sebab cara ngamik gambar nie..hehhe) ialah
Minyak Wangi
yang ini pula.. Roti Bakuldan yang ini.. Kain Pasang untuk buat baju melayu
ini pula.. Buah-buahan bersama Bunga segar
dan ini.. Poppouri
dan yang terakhir... Sireh Junjung
Hantaran dari pihak lelaki warna Biru yang ini Kek Coklat
yang nie.. Minyak Wangi
dan ini.. Telekung
ini... Buah-Buahan
ini pula.. Gula-gula coklat
dalam kotak nie.. Kek Aiskrim
yang ni pula.. Kain Pasang
yang merah-merah kat bawah nie.. Asam
dan yang terakhirnya... Sireh Junjung
ehmmmm... dah settle cover story kat hantaran..dan skang masa untuk mengimbas kembali gambar-gambar lain... yang kat bawah nie.. Auntie Rara ngan Angah.. memain sungguh angah nie..yang sorang nie..kalau dia ada kat umah.. memang ada jer lawak yang dia buat..huhuhu...

Auntie Rara ngan Family Alang...
sayang Mak..
Manja abah...
smiles...
tenung bunga tuh...
smiles again...
sempat posing kat tangga...
kaum bapa berkumpul memotong kek menyambut 'Hari Bapa'
tetamu sedang menjamu selera..
bergambar depan hantaran...
Auntie Rara, Uncle Asri, Mak dan ? (taktau sapa budak kecik tuh..agaknya anak buah uncle Asri)
Dicelah hantaran...
:-)
Muhamad Khairil Akif bin Khairil Adzhar duduk atas kompang dan kemudiannya...
kompang dirampas oleh Ammar Muktafi bin Khairil Anwar...
aku :-)
baiki sikit tudung Auntie Rara...
Angah, Autie Rara & Nenek Ilir (nenek sebelah mak)
Auntie Rara bersama sepupu-sepupu dari Batu Kikir...
Salam Pak Ngah Hashim..
Salam Mak Ngah Azu..
Hantaran...
Salam peluk cium Mak..selepas acara sarung cincin..
ambik tempat nak sarung cincin..
Auntie Rara baru turun dari tempat persembunyian.. hehhehe.. bilik kat atas..
Biras aku... Umi Natrah ngan Akif.. (bila la biras aku nie nak bersalin..tak sabar nak jumpa anak buah baru nie.. hhmmm kalau ikut due date bersalin 23 jun 2009..tapi sampai la arini dah 28 jun 2009, belum gak lagi bersalinnya...)
mereka lagi...
Mak mertuaku.. sebelum ketibaan rombongan lelaki...
hubby, Alang & Akif..
Anak kesayangan.. Ammar Muktafi..