Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kenangan Raya Tahun 2009

20.9.2009 (ahad): Tahun nie, kami 3 beranak beraya di Batang Jelai dulu.. aku raya umah mertua dulu daa... kalau ikutkan 'turn', memang la tahun nie raya palong pulak.. tapi 'turn' beraya dah jadi kucar-kacir.. masuk tahun 2009 nie, 3 tahun berturut aku beraya umah mertua dulu... memang SAH! aku ingat lagi.. masa tahun 2005, masa awal2 kawen dulu ler.. tahun 2005, kami raya palong dulu.. pastu masa tahun 2006, kami raya kat Rantau (umah mertua).. pastu tahun 2007, kami raya kat Rantau gak dulu..sebab masa tuh, aku tengah ngandungkan ammar..mabuk teruk maa.. pastu, tahun 2008..kenkonon nak balik raya kat palong dulu..tapi dek sebabkan alang sekeluarga turn balik pasoh umah mertua, jadi kami kesian pulak kat mak abah beraya tanpa cucu2 yang dah lama diorang tunggu, kami laki bini sepakat beraya kat batang jelai dulu... so, tahun 2009 nie pun..kenkonon papa nak balik raya palong dulu..(tapi aku tau dalam ati dia, dia nak raya umah mak dia dulu..sebab adik-beradik dia semua raya pertama kat batang jelai)..so, aku pun macam biasa la.. ok jer kalau raya pertama umah mertua.. lagi pun dekat jer dari batang jelai ke palong tuh.. ada la dalam 1/2 jam perjalanan... lagi pun masa 1 hari sebelum raya, kami sempat lari balik palong antar kuih2 raya & baju raya untuk atok palong... yang buat aku seronok nak beraya kat mertua di pagi raya pertama..adalah..time salam raya la.. terasa 'raya'... masa nih la peluang nak tengok memasing berjurai-jurai ngan air mata.. hehehhehe... beza la ngan belah keluarga aku... family aku sempoi jer.. salam raya, ikut dan jer.. tak ikut 'hirarki'... camno nak ubah? kalau dah dari kecik macam tuh? kot nak ngumpul semua sekali dok sekali, pastu salam ikut 'hirarki'.. memang susah la... ado jer benda yang mak nak buat masa tu.. bila mak dah ada, kang adik yg sorang dah kuar g umah kawan la pulak... susah la nak bentuk buluh... hhmmm...
so, ini la dia pagi raya di rumah mertua aku... salam raya ikut 'hirarki'.. jangan nak lawan tokey... kat bawah nie.. pemula salam raya... hehhehe.. mak mertua bersalaman ngan suaminya..pak mertua aku..
pastu turn papa lak sebagai anak sulong.. pastu turn aku lak menantu sulong.. pastu diikuti oleh alang & isteri.. (langkau terus ke alang sebab angah beraya ngan mertua).. pastu kak chik pulak..pastu iwan..pastu izam yang bongsu..
masa salam raya, ammar la orang yang paling bersedih sekali.. berjurai-jurai air mata dia... bukan main kuat dia menangis.. macam ammar paham jer erti salam raya tuh.. hehhehhe..
lepas salam raya, aktiviti bergambar la pulak...
rerupanya, ammar muktafi menangis beria-ria tuh..sebab dia dah ngantuk nak tido.. mana taknya? malam tadi tido lambat, pastu pagi tadi bangun awal.. meragam la dia tak cukup tido.. sib baik ada buai.. masuk>enjut>lelap...ingat nak terus balik palong pas salam raya.. terpaksa la delay nunggu bujang bangun tido..kang kalau main angkat jer bawak balik palong, kompom bujang nie tak cukup tido..coz kat palong tu sepupu-sepupu ammar ramai..dah besar2..pasti ammar tak senang duduk tengok ramai kawan nanti...
dikesempatan ammar lena tido tak sedarkan diri..mama & papa pun bergambaran la berdua.. kami berposing kat ruang keluarga..sebab masa kami tengah bergambar nie..manager estate datang beraya daa...


bila tetamu dah balik jer... tak lengah la kami ke ruang tamu.. berposing kat ruang tamu pulak.. lupa daratan betul kami..hehehhe.. bak kata kak chik "amboi..mentang anak dia tido"...

dek sebab anak sendiri masih lagi lena diulik mimpi..aku sambar pulak anak ke-2 alang.. muhammad khalif rayyan.. semangat sungguh la si khalif nie.. geram mak long tengok..
bila la nak ngandung lagik nie.. ammar pun dah pandai sayang baby.. sejak dia jumpa baby khalif nie, ammar terus suka kat baby.. hajat besar pulak tu... nak dukung khalif..
ammar dah bangun, terus mama sambar ammar dari buai.. suh pak su amik gambar kami 3 beranak pulak...



lepas tu, kami ber-3 bergambar ngan atok & wan ammar pulak...
lepas tu kami semua berkumpul untuk amik gambar 1 keluarga... ini yang kat bawah nie 'sample' untuk pak su ngejas kedudukan kameranya...
ops..gambar 1 keluarga tidak dapat pulak disertakan di sini sebab..gambar tu pakai kamera pak su.. mama lum sempat amik kat pak su lagi... lenlain kali mama upload.. ammar dengan aktiviti makan coklat lepas amik gambar...

selesai amik gambar, kami terus la bergerak balik ke palong... gambar kat bawah nie, aktiviti ammar yang tak reti dok diam dalam kete...

sesampai jer kat palong, terus mandikan ammar dan salin baju lain.. sebab mama nampak ammar rimas jer ngan baju melayu tuh... kat bawah: ammar yang seronok berlari-lari kat umah atok palong...

ammar dengan sepupunya.. ashraf.. anak kak long ana... ammar dah pandai skang nak main PS2 atok..
see..kalau tak percaya..

lepas dah penat berlari sana sini, lepas tengok ikan, itik, ayam cendawan atok...ammar dah kepenatan & mengantuk.. ammar tido untuk kali yg kedua...dan mama & papa pun ikut tido sama la.. petang2 nie takde apa pun nak buat...
kami tido kat palong 1 malam jer... petang raya ke-2 kami gerak balik ke kuarters KLIA... esok raya ke-3 papa dah mula keje... kat bawah: ammar yang tido selepas mama paksa tido...hehhehe..

1 ulasan:

ietams berkata...

siyannye ammar