Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kota Kinabalu (part 1)

29.3.2010 - saat yg dinanti-nati telah tiba.. tepat pukul 8.30 pagi kami bergerak dari kuarters KLIA menuju ke LCCT.. makteh wani & pakteh arip hantar kami ke LCCT... hari nie kami nak bercuti di kota kinabalu.. kami pergi berlima.. aku, hubby, ammar, atok mokhtar & nenek som.. lama giler aku booking flight nie tau.. booking masa jun 2009 lagi tuh.. masa tu AIRASIA buat promosi 'rm0' fare.. mmg berbaloi-baloi booking flight time promosi.. 5org = rm280 pergi balik (LCCT-BKI) beserta 2 beg utk check in..mmg berbaloi-baloi... jadi, kalau nak pergi melancong & jimatkan kos, kena la merancang dari awal cam kami.... :-)

bawah: sedang menunggu kapal sampai..


bawah: sempat bergambar semasa menuju ke kapal terbang... :-)


bawah: sebelum kapal take off, sempat amik gambar mak & abah.. 1st time atok & nenek ammar naik kapal terbang nie.. muka atok dah cuak semacam jer.. nenek nampaks cool jer.. (kadang² tak paham kenapa ada yg cakap kapal airasia sempit! sedangkan bagi aku airbus dah cukup selesa utk perjalanan domestik.. masih ada lagi ruang utk aku yg tinggi nie.. kalau nak kata kapal MAS luas, tak jugak.. aku penah naik MAS masa nak g MIRI dulu.. sempit giler..lagi sempit dari kapal AIRASIA.. naik lemas aku rasa masa naik MAS... kononnya diaorg kata, tambang AIRASIA murah tu sebab kapal sempit.. tak setuju betul ngan pendapat cenggini..aku naik MAS dulu, bayar cecah ribu tapi sempit jugak!)


bawah: ammar yg seronok dapat naik kapal terbang.. nasib baik kapal tak penuh.. boleh pulak si ammar nie memerut dalam kapal.. pulak tu ada lagi 1jam setengah perjalanan utk sampai ke Terminal 2, Kota Kinabalu.. sib baik papa dapat ikut sama..papa la kena cebok anak bujang dia.. hihihihi


bawah: tengah tunggu beg..


bawah: ammar yg seronok dgn segala maklah buku yg dia dapat dari kaunter informasi.. nasib baik la semua majalah & map tu free jer.. bujang aku skang nie dah pandai memilih & nak beli buku.. ulat buku cam papa dia.. kalau ikut mama, jadi ulat batu jer la.. hihihihi


bawah: papa dgn map KK yg didapati dari kaunter informasi... masa nie kami tengah tunggu kereta sewa.. alhamdulillah, kami dapat kereta sewa dgn harga yg murah.. kalau nak dibandingkan dengan harga org lain.. aku sewa kereta iswara.. dapat harga rm80/sehari.. dan kami guna kereta iswara tu sepanjang kami di sana dgn harga rm160 nett.. tiada charge tambahan jika pulangkan kereta lewat 5-6jam.. berbanding ngan yg lain, ada extra charge 1jam =rm12.. wargghhhh kalau dah extra 5jam??? sib baik la AZFAN tak mengenakan extra charge.. mekasih yer AZFAN.. lain kali kami g KK kami amik kereta sewa ngan awak lagi yer... :-)

sampai di suatu tempat, kami terpesona dgn kecantikkan & keindahan pemandangan di sekitar kawasan tuh.. sayang tempat nie belum di 'upgrade'kan utk jadi tempat riadah.. dan tak kira la berlopak pun, kami nak bergambar.. dan masa nie kami taktau apa disebalik awan & kabus tebal tu.. sehingga la keesokkan harinya.. rerupanya, belakang tu puncak gunung kinabalu..

bawah: mak & abah... berlatar belakangkan gunung kinabalu yg ditutupi awan & kabus..

bawah: kami pun nak bergambar jugak.. hihihihi..sejuk giler kat sini..ujan renyai² lagi masa nih..

bawah: mama & ammar muktafi... say cheeseeee......

kami sampai di Zen Garden Resort hampir jam 6 petang... perjalanan yg agak memenatkan.. maklum la dalam kapal terbang tadi makan masa 2 jam setengah.. alhamdulillah, berkat usaha men'google' map di google, kami tidak sesat... sesampai di Zen Garden Resort, aku diberitahu receptionist yg bilik yg aku booking tuh takde air..so, diaorg tukar kami ker bilik lain yg rate lagi mahal dari bilik yg aku booking.. nasib baik la budak tu kata tak perlu tambah duit... so, bilik asal yg aku booking rate rm125 (triple) + rm20 (extra mattres) total payment=rm145.00 utk 1 malam.. bila dah amik kunci, kami pun bergerak la ke bilik yg dimaksudkan.. elok jer aku melangkah masuk ker bilik yg diberi..aku jadi heran sesangat..pesal plak katil ada 1 jer nih? mana g katil single? uiks..udah ler takde telefon kat dalam bilik..nak tak nak, terpaksa la aku call budak receptionist guna hp sendiri.. terus aku tanya dia kenapa bilik aku ada katil 1 jer? boleh budak tu jawab, bilik tu mmg ada 1 katil sahaja.. so, aku kata la balik kat budak tuh.."saya booking 1 queen bed + 1 single bed.. pesal plaks bagi saya 1 queen bed jer nih? extra mattres yg saya mintak tu mana?" so, budak tu jawab"mattres sebentar lagi kita hantar, bilik no 26 tu mmg ada 1 katil besar, bilik morning glory yg akak booking tiada air..jadi kita pindahkan akak ke bilik iris.." bengang pulak aku mendengar jawapan budak tuh..dan dengan suara yg agak meninggi aku menjawab " saya bawak 4 dewasa sekarang nie..b4 this saya booking utk 3 dewasa, kemudian saya mintak extra mattres sebab saya ada 4 dewasa..jadi sekarang, takkan sorang dari kami nak tido atas lantai?" terus budak yg menjawab telefon tergagap-gagap.. dan budak tu menjawab "sekejap yer kak" dan panggilan telefon terus ditamatkan.. mak dah mula bertanya, macam mana? pastu mak aku kata "takper la..biar mak tido atas lantai jer.. dan aku jawab "eh, mana boleh..bukan salah kita..diaorg yg memandai tukar booking pastu tak bagitau bilik nie ada 1 katil jer..ila tak kira, ila nak mintak extra mattres tanpa ila perlu bayar.." dan elok jer abis ayat aku, budak Zen Garden Resort call dan dia kata"kak, kita bagi 1 lagi mattres..jadi kita akan hantar 2 mattress sekejap lagi.." dan tak lama lepas bercakap ngan budak tuh, ada orang hantar 2 tilam, 2 tuala, 2 selimut, 2 alas tilam.. nasib baik bilik dia besar..mmg muat utk letak 2 tilam extra tuh.. masih lagi selesa..tak berhimpit-himpit mcm di sesetengah hotel.. ok la Zen Garden Resort nie... pastu makanan di cafe pun sedap² belaka..masakan ala cina.. harga mmg la agaks mahal.. macam mana aku tak kata mahal kalau mee goreng sepinggan harga rm7.00.. tapi memang berbaloi la bayar mahal² sebab rasanya sungguh sedap & banyak giler..

bawah: ammar yg sedang baring² meluruskan pinggang di atas katil...


bawah: sedang memunggah beg dari kereta..


bawah: ammar yg sedang nyenyak tido dgn papa..


bangun..bangun.. kita nak g kinabalu park pulak nie.. kalau lambat nanti tak nampaks pulak puncak gunung kinabalu!!! to be continue.....

2 ulasan:

ietams berkata...

fuh! penuh dgn cabaran juga tu la..
dgn ammar memerut dlm board lagi..
sampai hotel ade kes cenggitu pula..
aduss..
seb baik masih comfortable lg..

mila80 berkata...

mmg pun ieta, pelbagai cabaran.. tapi sib baik mood tgh baik time tuh..maklum la mood berholiday...