Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti malaysia. Papar semua catatan

Kota Kinabalu (part 2)

kami bergerak ke Kinabalu Park pada jam 7.30pagi.. kalau kat semenanjung, matahari baru kuar..tapi kat Kota kinabalu nie, dah panas terik.. sebab cuaca di kundasang sejuk, pagi tu ammar tak dimandikan..mama awal-awal dah mandi..biarpun cuaca sejuk..tapi bleh mandi air panas..baru la semangat nak berjalan tgk negeri orang... ammar kecik lagi lagi pun dia ada asma, so mmg tak bleh mandi pepagi..sesejuk nie lagi la cepat dia dapat asma.. huhuhu semoga asma bujang aku nie masa dia kecik jer..amin. sambung balik citer... so, kami pun menuju la ke kinabalu park.. dengan tak sarapan lagi, kami terus g ke kinabalu park.. sebab nak tgk puncak kinabalu..kata orang kalau g selepas jam 8.30pagi, kita takde peluang la nak nengok puncaknya..sebab kabus & awan menutupi puncak gunung kinabalu.. dan nasib baik kami sempat.. dari Zen Garden Resorts ke kinabalu park tu dekat je.. dalam 15minit jer.. kami terus naik sampai ke Pondok Timpohon..




bawah: mak & abah bergambar kenangan di kinabalu park...

bawah: ammar berlatarbelakangkan gunung kinabalu... cantik sangat pemandangan kat sini..

bawah: aku & mak...


kami berada di kinabalu park dalam 1 jam jer.. pukul 8.20pagi aku tengok awan dah mula menutupi puncak gunung kinabalu.. cantik jugak pemandangan nyer..tapi aku lupa nak snap gambar..huhuhuu..takpe pasni boleh ajak hubby g lagi (alasan mama nak berjalan..hihihi)

Kota Kinabalu (part 1)

29.3.2010 - saat yg dinanti-nati telah tiba.. tepat pukul 8.30 pagi kami bergerak dari kuarters KLIA menuju ke LCCT.. makteh wani & pakteh arip hantar kami ke LCCT... hari nie kami nak bercuti di kota kinabalu.. kami pergi berlima.. aku, hubby, ammar, atok mokhtar & nenek som.. lama giler aku booking flight nie tau.. booking masa jun 2009 lagi tuh.. masa tu AIRASIA buat promosi 'rm0' fare.. mmg berbaloi-baloi booking flight time promosi.. 5org = rm280 pergi balik (LCCT-BKI) beserta 2 beg utk check in..mmg berbaloi-baloi... jadi, kalau nak pergi melancong & jimatkan kos, kena la merancang dari awal cam kami.... :-)

bawah: sedang menunggu kapal sampai..


bawah: sempat bergambar semasa menuju ke kapal terbang... :-)


bawah: sebelum kapal take off, sempat amik gambar mak & abah.. 1st time atok & nenek ammar naik kapal terbang nie.. muka atok dah cuak semacam jer.. nenek nampaks cool jer.. (kadang² tak paham kenapa ada yg cakap kapal airasia sempit! sedangkan bagi aku airbus dah cukup selesa utk perjalanan domestik.. masih ada lagi ruang utk aku yg tinggi nie.. kalau nak kata kapal MAS luas, tak jugak.. aku penah naik MAS masa nak g MIRI dulu.. sempit giler..lagi sempit dari kapal AIRASIA.. naik lemas aku rasa masa naik MAS... kononnya diaorg kata, tambang AIRASIA murah tu sebab kapal sempit.. tak setuju betul ngan pendapat cenggini..aku naik MAS dulu, bayar cecah ribu tapi sempit jugak!)


bawah: ammar yg seronok dapat naik kapal terbang.. nasib baik kapal tak penuh.. boleh pulak si ammar nie memerut dalam kapal.. pulak tu ada lagi 1jam setengah perjalanan utk sampai ke Terminal 2, Kota Kinabalu.. sib baik papa dapat ikut sama..papa la kena cebok anak bujang dia.. hihihihi


bawah: tengah tunggu beg..


bawah: ammar yg seronok dgn segala maklah buku yg dia dapat dari kaunter informasi.. nasib baik la semua majalah & map tu free jer.. bujang aku skang nie dah pandai memilih & nak beli buku.. ulat buku cam papa dia.. kalau ikut mama, jadi ulat batu jer la.. hihihihi


bawah: papa dgn map KK yg didapati dari kaunter informasi... masa nie kami tengah tunggu kereta sewa.. alhamdulillah, kami dapat kereta sewa dgn harga yg murah.. kalau nak dibandingkan dengan harga org lain.. aku sewa kereta iswara.. dapat harga rm80/sehari.. dan kami guna kereta iswara tu sepanjang kami di sana dgn harga rm160 nett.. tiada charge tambahan jika pulangkan kereta lewat 5-6jam.. berbanding ngan yg lain, ada extra charge 1jam =rm12.. wargghhhh kalau dah extra 5jam??? sib baik la AZFAN tak mengenakan extra charge.. mekasih yer AZFAN.. lain kali kami g KK kami amik kereta sewa ngan awak lagi yer... :-)

sampai di suatu tempat, kami terpesona dgn kecantikkan & keindahan pemandangan di sekitar kawasan tuh.. sayang tempat nie belum di 'upgrade'kan utk jadi tempat riadah.. dan tak kira la berlopak pun, kami nak bergambar.. dan masa nie kami taktau apa disebalik awan & kabus tebal tu.. sehingga la keesokkan harinya.. rerupanya, belakang tu puncak gunung kinabalu..

bawah: mak & abah... berlatar belakangkan gunung kinabalu yg ditutupi awan & kabus..

bawah: kami pun nak bergambar jugak.. hihihihi..sejuk giler kat sini..ujan renyai² lagi masa nih..

bawah: mama & ammar muktafi... say cheeseeee......

kami sampai di Zen Garden Resort hampir jam 6 petang... perjalanan yg agak memenatkan.. maklum la dalam kapal terbang tadi makan masa 2 jam setengah.. alhamdulillah, berkat usaha men'google' map di google, kami tidak sesat... sesampai di Zen Garden Resort, aku diberitahu receptionist yg bilik yg aku booking tuh takde air..so, diaorg tukar kami ker bilik lain yg rate lagi mahal dari bilik yg aku booking.. nasib baik la budak tu kata tak perlu tambah duit... so, bilik asal yg aku booking rate rm125 (triple) + rm20 (extra mattres) total payment=rm145.00 utk 1 malam.. bila dah amik kunci, kami pun bergerak la ke bilik yg dimaksudkan.. elok jer aku melangkah masuk ker bilik yg diberi..aku jadi heran sesangat..pesal plak katil ada 1 jer nih? mana g katil single? uiks..udah ler takde telefon kat dalam bilik..nak tak nak, terpaksa la aku call budak receptionist guna hp sendiri.. terus aku tanya dia kenapa bilik aku ada katil 1 jer? boleh budak tu jawab, bilik tu mmg ada 1 katil sahaja.. so, aku kata la balik kat budak tuh.."saya booking 1 queen bed + 1 single bed.. pesal plaks bagi saya 1 queen bed jer nih? extra mattres yg saya mintak tu mana?" so, budak tu jawab"mattres sebentar lagi kita hantar, bilik no 26 tu mmg ada 1 katil besar, bilik morning glory yg akak booking tiada air..jadi kita pindahkan akak ke bilik iris.." bengang pulak aku mendengar jawapan budak tuh..dan dengan suara yg agak meninggi aku menjawab " saya bawak 4 dewasa sekarang nie..b4 this saya booking utk 3 dewasa, kemudian saya mintak extra mattres sebab saya ada 4 dewasa..jadi sekarang, takkan sorang dari kami nak tido atas lantai?" terus budak yg menjawab telefon tergagap-gagap.. dan budak tu menjawab "sekejap yer kak" dan panggilan telefon terus ditamatkan.. mak dah mula bertanya, macam mana? pastu mak aku kata "takper la..biar mak tido atas lantai jer.. dan aku jawab "eh, mana boleh..bukan salah kita..diaorg yg memandai tukar booking pastu tak bagitau bilik nie ada 1 katil jer..ila tak kira, ila nak mintak extra mattres tanpa ila perlu bayar.." dan elok jer abis ayat aku, budak Zen Garden Resort call dan dia kata"kak, kita bagi 1 lagi mattres..jadi kita akan hantar 2 mattress sekejap lagi.." dan tak lama lepas bercakap ngan budak tuh, ada orang hantar 2 tilam, 2 tuala, 2 selimut, 2 alas tilam.. nasib baik bilik dia besar..mmg muat utk letak 2 tilam extra tuh.. masih lagi selesa..tak berhimpit-himpit mcm di sesetengah hotel.. ok la Zen Garden Resort nie... pastu makanan di cafe pun sedap² belaka..masakan ala cina.. harga mmg la agaks mahal.. macam mana aku tak kata mahal kalau mee goreng sepinggan harga rm7.00.. tapi memang berbaloi la bayar mahal² sebab rasanya sungguh sedap & banyak giler..

bawah: ammar yg sedang baring² meluruskan pinggang di atas katil...


bawah: sedang memunggah beg dari kereta..


bawah: ammar yg sedang nyenyak tido dgn papa..


bangun..bangun.. kita nak g kinabalu park pulak nie.. kalau lambat nanti tak nampaks pulak puncak gunung kinabalu!!! to be continue.....

FRASER HILL (part 2)

nak cerita banyak pun, macam malas jerk.. tengah takde idea.. pulak tu nak recall balik memory yg dah agak tua nie.. huhuhu..layan gambar jer la dulu yer.. nanti bila mama ada mood, idea punmencurah-curah, mama edit balik post nie... hehehhe




perjalanan ke FRASER HILL

lama sungguh tak mengupdate story kat blog nie.. sejak dua menjak nie asyik layan FB jer..tu yg sampai takde masa nak update blog... huhuhuhu... (back to the story..)
pada 19.12.2009 yg lepas², aku 1 family ke Fraser Hill... teringin sangat nak sampai fraser hill.. booking rumah perangina persekutuan Fraser Hill pun sejak bulan 4 lagi... awal sungguh kami booking..maklum la..skang nie rumah peranginan persekutuan laris macam pisang panas.. siapa cepat dia dapat la kan.. hajat nak booking 1 banglo..tapi hajat tak kesampaian.. kami cuma dapat 1 bilik besar & 2 bilik kecil..ok la dapat banyak bilik... itu pun sebab ajak imai & ipok sekali..kalau tak, mmg 1 bilik besar tu jer la yg aku boleh booking.. sebab 1 pegawai hanya boleh booking 1 banglo / bilik sahaja dlm satu² masa... mmmm..panjang lebar pulak aku citer pasal booking membooking ruamh peranginan persekutuan nie.. kami mulakan perjalanan dari kuarters KLIA lebih kurang jam 10.20pagi...

bawah: kami berhenti kattol rawang / batang berjuntai.. menunggu imai sekeluarga...

bawah: atok & bella... (bella tak naik keta ngan ibu ayah dia.. sibuk ngekor atok & nenek)

kuarters KLIA-elite-highway guthrie-rawang-batang kali-serendah-kuala kubu baru-fraser hill


mmm..jauh jugak kurasakan fraser hill nie.. ammar sampai bosan la dok dalam keta lelama.. habis kereta dikumbahnya..segala kertas yg mama simpan habis dia sepah²kan.. maklum la..waktu perjalanan adalah waktu dia bermain..

bawah: selongkar pun selongkar, ammar jumpa spek itam mama.. dan apa lagi??? tengok la gelagat ammar belajar pakai spek nie..


bawah: senget pun senget la..janji ammar dapat pakai yer?


bawah: baru ler betul.. setelah berusaha berberapa kali..


bawah: empangan... apa ntah namanya.. tak ingat..



kami sampai kat gate utk naik ke fraser hill ngam² jam 1.20petang.. sedang elok masa utk kenderaan naik... dan kami meneruskan perjalanan dgn menyusuri jalan yg sempit.. mmg patut la diaorg buat time turun & naik.. sempt sesangat jalannya...dan perjalanan dari bawah nak sampai ke fraser hill lebih kurang 20minit..

bawah: jalan yg sempit..

bawah: dah nak sampai.. kereta banyak la pulak..


bawah: pemandangan kat pintu masuk fraser hill.. (umang aiii, kabus tebal giler.. masa nie baru jam 1.45ptg... hujan renyai²)


bawah: pekan farser hill yg kecil.. ada balai polis, pejabat pos, kedai runcit..


bawah: jalan masuk ke rumah peranginan persekutuan.. atas bukit betul nie.. cantikk kabus..sejuk usah cakap la..memang sejuk..


kami sampai jam 1.50ptg.. menunggu jam 2ptg utk ambil kunci bilik.. lepas dapat kunci bilik, terus menunju ke banglo A... mmmm ??? bilik kami dalam banglo besar nie gamaknya...

bawah: ruang tamu dalam banglo yg dikongsi dengan penghuni bilik lain..


bawah: ada playground... sib baik la ujan renyai², kalau tak..pasti ammar naik g main & taak reti nak naik..


bawah: ammar melawat kawasan.. hehhehe..sejuk..sejukk..


bawah: ruang makan yg luas.. juga dikongsi dengan penghuni bilik lain.. tapi kami jer yg guna ruangan nie.. sebab kami jer yg memasak sendiri.. orang lain makan luar gaknya.. kami tak larat nak kuar..sejukk sangat!

Cuti-Cuti Malaysia

6.1.2009 - Pepagi hubby da bangun… aku & ammar bangun lewat sikit.. dekat kul 8 baru bangun.. Cuti kan.. hehehe… arini kami nak g Langkawi.. cuti-cuti Malaysia… flight pukul 10.35gi.. kami naik AirAsia.. aku & hubby dapat tambang 90 sen… RM 1.80 seorang untuk pergi & balik.. murahkan? tambang ammar Rm60 dua hala.. gedebak gedebuk campur servis charge semua sekali RM281 untuk pergi balik kami bertiga.. kira okey la tu… lama tau kami tempah flight nie.. dari bulan 9 tahun lepas lagi…
Kami gerak dari rumah kul 9.15pagi.. gerak dari kuarters KLIA, kul 9.20pagi.. Ayah ammar yang antar kami.. naik bas imigresen lagi tuh.. kebetulan ayah ammar nak g opis jugak, kami tumpang la sekaki… one way… sesampai kat LCCT dalam kul 9.40, kaunter check in masih open lagi.. nasib baik la.. tapi member hubby dah issue boarding pass kami.. Cuma kami nak check in kan beg jer.. tengah tunggu papa check in beg kat kaunter, si ammar Nampak plak trolley.. anak bertuah nie pantang nampak trolley, mesti nak naik… untuk tidak menghampakan ammar, kami letak gak la dia atas trolley kosong.. takde beg nak letak dah atas trolley tu.. punya la ammar suka.. siap jerit-jerit pekik gumbira lagi tuh…
Bila da masuk kat balai berlepas.. tak bleh bawak trolley lagi dah.. kena plak ‘terbang’ kan ammar macam superman…
Bila mama dah penat layan superman ammar, dok kat kerusi.. tengok la betapa gumbiranya bujang aku nie… macam tau2 jer erti ‘holiday’..

Kami dapat express boarding… member hubby yang tolong… jadi, kami jalan dulu le masuk kapal… nie gambar kami masa tengah menuju ke kapal…
Sampai jer atas kapal, ammar Nampak cam pelik… habis sumer kertas yang ada kat poket seat di kumbahnya..
Bila kapal nak 'take of'f, ammar pun mula la nak nenen… sepanjang perjalanan, ammar tido sambil tak mau lepaskan nenen…