Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Projek Popia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek Popia. Papar semua catatan

Popia Pintal @ Simpul

apa lagi yg senang nak dibuat selain dari popia pintal @ simpul nie? hehhehe..cam kerek jer bunyinya...isk..tak baikkan.. hehhehe..betul la, ini la menu kuih raya yg paling mudah cepat dan dah tentu sedap dimakan... so, aritu aku kirim kat kak leen belikan serunding dlm Rm30 kat PKNS Shah Alam... rege 100gram=rm6.. so, dapat ler 500gram.banyak giler tu... kena plak serunding daging.. berserat-serat.. terpaksa la aku gunting2 sikit kasi serat2 dia pendek2 supaya senang nak pintal @ simpul.. kulit dia, aku beli jer kulit popia.. tapi bukan semua brand kulit popia yg ok.. ada yang jenis cepat koyak..susah nak pintal plak nanti.. m'ikut pengalaman aku ler.. kalau nak cari kulit popia..korang cari brand FIGO atau PERTAMA... plastik dia warna purple.. 2 brand nie..mmg ok sangat.. ko pintal la mcm mana pun..ko tarik ler pintalan tu macam mana pun.. insyaallah tak koyak..
popia yang sudah siap dipintal @ disimpul..
masa goreng, kena kacau selalu bagi dia masak sekata.. kang kalau ditinggal-tinggalkan hangus sebelah pulak..
siap sudah.. kena bagi dia sejuk dulu baru boleh masukkan dalam bekas...
dapat la 4 bekas yg tak sama saiz... (tapi serunding masih ada belen lagi.. sambung esok pulak..tak larat dah)

Projek Popia..

semalam, 19.2.2009 ari Khamis malam jumaat kan.. opis ada buat anjuran majlis bacaan yassin & tahlil kat Masjid Kuarters KLIA.. aku di antara ajk majlis tu la.. lepas b'bincang ngan cc, aku secara sukarela nak menyediakan kuih muih untuk malam tu... so, menu aku Popia goreng ngan Agar-agar jer... bukan aku buat sorang tau.. mana la larat nak buat sorang.. nasib baik ada shahlin & umi nadra.. venue nak buat kuih nie, kat mana la lagi.. umah aku ler..
inilah dia bahan-bahan nak buat popia.. banyak woo kami nak buat nie.. 400biji..
nie masa dah siap 200biji.. sekali inti plak tak cukup..terpaksa la Shahlin kuar g beli lagi bahan-bahan nak buat inti...
acara mengoreng.. masa nie dah pukul 6.30ptg... baru nak mula mengoreng.. (takut tak ranggup jer kalau goreng awal-awal..)
masa dah setengah mengoreng.. mak ai..dah terasa kepenatan yang teramat.. sib baik Adiani & kak Ita datang.. gambar kat bawah ni, Adiani tengah masukkan popia yang dah siap di goreng kat dalam tray..baru dapat 1 tray.. ada 1 tray lagi tak goreng nih..
Shahlin & umi potong buah tembikai..
lepas potong tembikai merah, potong tembikai susu plak... huhuhu..kesian kat kekawan.. tinggal anak laki.. termasuk la aku.. hehehe..(ammar dok umah ibu, amik lambat arini, hubby pun belumbalik keje lagi.. keje banyak katanya)
ini la dia menu malam nie yang dah siap untuk diangkut ke Masjid...
Mangsa mengangkut: Adiani la...sapa la lagi.. hehehe..
settle mengangkut sedang-sedang elok Azan Isyak.. diaorang nak makan lepas Isyak katanya.. macam katun gak la aku bersiap nak ke masjid.. tak bleh tak pergi.. tray-tray tu sume aku kena pastikan cukup... kang tak pasal plak nak kena menganti kalau tak cukup...