Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (part 4)
Dicatat oleh
mila80
on Rabu, 14 Oktober 2009
Label:
RPP Port Dickson
/
Comments: (0)
lepas mandi manda ngan kanak2 ribena..tiba masanya buat persediaan utk aktiviti BBQ..
sementara kaum bapa membersihkan tempat nak BBQ, kanak2 ribena sibuk memain bola..
hah... dah sampai pun mak & abah mertuaku... (ayam perap utk BBQ, mak yg buatkan..)
ada yg baru turun dari bilik...
kak leen & anaknya..
ammar main buai...
mak mertuaku..
ammar, ibu & kakak nana leka menengok gambar..
pak mertuaku dah mula nak bakar arang.. nak bakar ayam..

ayam yg terbakar... hehhehe... besar apinya.. hitam ayam.. sib baik isinya masak... ops..ayam nie abah sponser yer..
sate yang di'sponser' oleh kak leen..

kaum bapa berlonggok berborak...
kaum ibu.. hehehhe..makan-makan sambil borak..

anak-anak? main sepuas hati dimalam hari...


ammar dah pandai main buai sendiri.. tak payah tolong hayun.. ammar pandai hayun sendiri.. cepat betul ammar belajar.. pandai anak mama.. :-)


ammar nak baby jugak.. :-)
Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (part 3)
Dicatat oleh
mila80
Label:
RPP Port Dickson
/
Comments: (4)
petang sabtu tu, dalam jam 3ptg, aku bawak ammar dan budak2 yang lain turun pantai.. nak mandi laut... bebudak nie mmg suka sangat main air kan.. mama join sama...
Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (part 2)
Dicatat oleh
mila80
on Selasa, 13 Oktober 2009
Label:
RPP Port Dickson
/
Comments: (8)
lepas amik kunci apartment, kami pun menuju la ke blok Ambong.. kami dapat apartment nama Ambong 3.. atas bukit sikit.. sib baik bleh bawak keta ke atas.. apartment pun kat tingkat 1.. kena naik tangga sikit la.. bawah: ammar yang berlari-lari keseronokan.. ammar lambat sebab dia menyinggah kat apartment kak lin kat Ambong 1...

masuk jer apartment, terus nampak dapur kat sebelah kanan... kecik jer dapurnya.. kalau nak masak, limit 2 orang jer dalam dapur nie... bawah: dapur yg lengkap ngan dapur gas+tong gas.. pinggan mangkuk, periuk kuali sumer ada.. peti ais pun ada tuh..
bawah: ruang tamu, ada meja makan.. set sofa..ada tv..tapi takde astro yer..
ammar melawat sekitar dalam & balkoni apartment..

bawah: meja solek dalam bilik tido..
bawah: dan ini la bilik utama..ada 2 katil single yang boleh diseret kesana-kemari.. memudahkan kita nak cantum katil, bagi yg ada anak kecik cam kami.. bilik agak luas..bila dah cantum katil asak katil tepi dinding, boleh bentang toto kat bawah lagi.. ini sesuai la kalau anak ramai..
bawah: dan ini pula, bilik ke-2 yang hanya ada 1 katil single..tapi ada extra tilam kat bawah katil tuh.. boleh tarik kuarkan tilam yer..
bawah: pemandangan dari balkoni apartment kami.. ada taman permainan...
Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (part 1)
Dicatat oleh
mila80
on Isnin, 12 Oktober 2009
Label:
RPP Port Dickson
/
Comments: (0)
10.10.2009 (sabtu): kami gerak dari Kuarters KLIA ke Port Dickson dalam jam 12.40tengahari.. nak check in kat RPP Port Dickson jam 2 petang.. kalau tak kerana weekend nie ada pilihan raya dun Bagan Pinang kat Port Dickson, mmg kami kuar lewat sikit.. bukan jauh sangat pun PD tu dari Nilai nie..tapi sebab takut jalan sesak, kami kuar awal.. bawah: kami yg tersangkut dalam jem kat area batu 3 (depan masjid kampung Bagan Pinang)..
tengok la betapa banyaknya bendera parti yg bertanding.. bawah: kat area petronas batu 4

dah seperti yang dijangkakan, kami sampai kat RPP Port Dickson jam 1.56petang.. sedang elok la dah boleh amik kunci apartment... bawah: pemandangan di sekitar Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson






Taman Permainan
Dicatat oleh
mila80
Label:
aktiviti,
anak,
taman permainan
/
Comments: (0)
skang, tiap petang..kena bawak ammar memain kat Taman Permainan... ammar muktafi skang dah pandai main gelongsor tinggi..gelongsor pusing.. sampai taknak balik rumah.. mama bawak ammar main kat Taman Permainan Awam berhampiran dengan Politeknik Nilai (sementara).. dalam area kuarters KLIA jugak..tapi jauh sikit drai rumah..kena naik kereta.. sebab musabab mama tak benarkan ammar main kat Taman Permainan depan rumah adalah kerana: 1)ramai sangat budak2.. 2) permainan banyak yang dah rosak 3) cara budak2 kat kelompok 10 memain, tak bagus untuk perkembangan anak bujang mama.. jadi, mama rela bekorban bawak ammar main jauh sikit..asalkan selesa.. mainan pun banyak & lebih menarik dari Taman depan rumah..


ready nak turun gelongsor pusing..




yea..turun dengan hati-hati..
dah sampai bawah.. :-) seronok betul ammar main gelongsor..
pastu main bendaalah yg boleh pusing-pusing nie pulak..
ada hati nak cuba turun gelongsor tinggi & curam...
yea! gelongsor dengan laju sampai mama tak sempat snap gambar.. ammar dah berani skang turun dari tempat tinggi... cuma nak memanjat jer ammar masih tak berani..
lepas ammar turun gelongsor tinggi nie, mama ajak balik rumah sebab orang dah mula ngaji nak dah nak pukul 7.. jap..jap g nak azan maghrib pulak dah.. tapi ammar masih belum puas main.. walaupun kat Taman Permainan yang agak besar tu, cuma dia jer sorang memain..
sempat lagi nak layan gelongsor pusing... mama dah nak balik nie..
mama dah tunggu kat kereta masa nie.. kena buat cenggitu..kalau tunggu dekat dengan ammar, mmg takde maknanye dia nak balik rumah...
sempat pulak dia menyinggah kat gelongsor oren lagi tuh... ammar ni..
kat situ pun dia menyinggah sama... sib baik ada 2 jer gelongsor nyalang nak sampai ke kereta.. kalau ada banyak, jenuh mama nak tunggu.. semua nak di naik nya..

Cendawan Tiram Kelabu
Dicatat oleh
mila80
on Selasa, 6 Oktober 2009
Label:
cendawan tiram kelabu,
palong,
raya,
tahun 2009,
umah atok
/
Comments: (0)
Balik palong aritu, puas betul kami makan cendawan tiram kelabu yang nenek & atok ternak.. hehhehe..ternak ker? dah cam ternak ayam itik la pulak.. bantai ler.. janji aku paham & korang paham.. menu yg paling best utk cendawan nie ialah: cendawan goreng.. sedappp woo.. guna tepung goreng ayam tuh.. lagi la sedap.. kalau tak pun, buat sup campur.. pun sedap jugak... sepanjang di palong, ammar leka menenggok ikan keli, ikan talapia & ikan puyu belaan atok... pastu sibuk pulak menenggok itik telor & ayam2 kampung atok... dan mama pulak, sibuk menenggok sayur-sayur yang nenek tanam di sekeliling rumah.. dan selebihnya mama & papa mengutip cendawan la.. hehhehehe.. best arr dok palong skang.. banyak xtvt kekebunan yang boleh dibuat... ikan keli atok pun dah banyak dijual.. kira dah pulang modal gak la.. anak cucu balik nak makan pun sonang.. tak payah g kedai cari lauk.. kat sekeliling rumah pun banyak yg boleh dijadikan lauk..





