Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Teater Tok Janggut dan Teater Miao-Miao Sang Arnab

17.10.2009 (sabtu): kami 3 beranak beserta atok & wan ke Kuala Lumpur.. nak tengok teater.. pak su berlakon teater... tajuk: Miao-miao Sang Arnab.. teater bermula jam 2.30ptg.. tapi kami sampai awal dalam kul 12.45tgh... sebab kuar awal dari rumah, wan takut tersesat, takut tak jumpa Taman Budaya... (walhal aku tau tempatnya..belakang bus stand klang) huhuhuhu.. sesampai jer kat area CM, bas mmg banyak la kan.. dan ammar pulak tak senang duduk la dalam kete..walaupun masa tuh mata dia dah mengantuk.. sibuk dia cakap "nyayakk bas ayah! nyayakk bas ayah!!" hah, perkataan nyayakk tu untuk "nak naik" ntah macam mana ammar bleh sebut yayakk kami pun taktau.. tapi tiap kali dia nak naik/turun dari apa sahaja..dia mesti sebut "nyayakk".. lepas parking kete, kami makan & jumpa pak su dulu..lepas makan, kami bawak ammar g bus stand klang.. nak bawak ammar naik bas.. kesian lak kat dia asyik mintak naik bas tapi jarang2 dapat naik bas ayah.. lagi pun baru pukul 1 lebih masa tu.. masih banyak masa lagi nak nunggu teater bermula.. kami memilih bas yang laluan sekitar Kuala Lumpur... bawah: kami pilih bas no. U81
bawah: sedang beratur nak naik bas..


kami naik dari bus stand klang sampai KL Sentral jer... jauh sangat la pulak nak g Subang tuh... bawah: ammar yg leka memandang org sekeliling dalam bas...
sampai kat KL Sentral, ingat nak bawak ammar naik Monorel... tengok ramai orang beratur utk beli tiket..dalam pada mama & papa menengok clear ker tak kaunter monorel tuh, ammar muktafi telah mengenal pasti bas seterusnya yang dia nak naik... kebetulan bas Metro ke Pantai Dalam berhenti depan kami..terus la ammar berlari mendapatkan bas sambil cakap "nyayakk bas ayah!!! nyayakk bas ayah!!!" nak tak nak, kena la kami ikutkan jugak... sib baik bas pilihan ammar nie pusing tak jauh sangat..laluan bas sekitar: Pantai Dalam, Bukit Angkasa, apa lagi ek? tak ingat dah laluan bas tuh... yang nyata kawasan Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim.. hua..hua..hua.. tak pernah mama & papa meround area nurul izzah nie.. disebabkan ammar, sampai jua kami... bawah: ammar semasa dalam bas Metro...









seronok betul ammar dapat naik bas... anak mama nie suka kenderaan awam gamaknya...
bawah: akhirnya ammar terlena jua...



kami turun kat CM... lintas jalan terus ke bas stand klang..dan jalan lagi terus ke Taman Budaya yang bersebelahan dengan Balai Polis Trafik... ammar? tido lagi... lenguh jugak tangan mama dukung bujang sorang nie..


bawah: depan Taman budaya..

bawah: kami dalam panggung.. ammar baru bangun tido masa nie... dapat tido kejap jer..



bawah: Teater Tok Janggut dah bermula... hanya monolog sahaja... sorang ni jer pelakon Tok Janggut...

bawah: Pelakon dan penulis skrip...

bawah: Teater Miao-miao Sang Arnab baru nak mula...

bawah: intro yang menarik dari Miao-Miao sang arnab...

bawah: ammar terlopong menenggok intro yang agak menyeramkan... sib baik ammar dok diam...

selesai teater jam 4petang... bawah: ammar leka main air lopak..




note:
ayah = suami pengasuh ammar

Bila tak sihat..

bila ammar tak sihat, mesti dia tak bleh jauh dari mama.. mesti merengek jer keje dia... tak pun melekat jer kat mama.. walaupun mama tengah baring-baring... tak caya? tengok gambar-gambar kat bawah yang berjaya mama amik sewaktu ammar tak sihat..bukti semua nie.. hehehhe..



betul kan? bujang yg manja ngan mama.. :-)

Menu 'Supper' ammar

skang, ammar muktafi dah pandai ajak mama & papa minum dan makan kat kedai.. kebiasaannya, kedai yang menjadi kegemaran ammar, kedai mamak kat enstek.. kalau cuti jer, kami mesti kena g bersarapan kat kedai mamak tu.. dan skang dah pandai ajak makan tengah malam kat kedai mamak tu pulak.. ammar pun dah dikategorikan 'regular customer' kedai mamak kat enstek tuh... siap dapat layanan istemewa lagi...bila ammar datang, bukan takat yg buat air datang kat ammar..siap dengan tukang masak yg kat dapur pun keluar sama jumpa ammar.. dan ada pulak yang siap ajak ammar balik 'india'... umang aii.. ingat anak den nie 10 org ko? sesuka ati jer nak ajak ammar muktafi... manyak cantekkk...



ammar makan roti canai kosong...siap cicah ngan kuah dal...berselera betul dia...


Buai

dah lama sebenarnya nak belikan buai untuk ammar.. kebetulan mama dapat duit yg tak disangka-sangka..jadi dapat la mama membelikan ammar buai.. beli yang murah jer..survey ngan kak ina, dia beli rm180... so, malam tu kami pun pergi la ke nilai.. mencari buai kat kedai perabot.. sesampai kat kedai perabot wira ria.. tauke tu kata buai dia rm190.. aik?aritu kak ina beli kat sini jugak.. benda yg sama jugak..tapi naper extra rm10? mintak kurang sikit pun tauke tu tak mau.. kedekut betul.. terus kami kuar dan menuju ke kedai perabot yang lain.. sib baik kau tak terus beli kat wira ria tadi.. kat kedai perabot 'aku tak ingat namanya'.. model yang sama..brand yg sama ngan wira ria tadi..harga baru rm170...itu harga belum tawar menawar lagi tuh.. lepas mintak kurang, kami dapat ngan harga rm160..ok la.. kurang rm20 dari bugget mama..so, kami pun beli la.. sampai umah..papa pun berusaha la memasang buai...memula, ammar tengok tang jauh jer...

akhirnya...ammar sibuk nak menolong sama...

ammar muktafi dah dapat skru driver.. tengok la dia bertukang tuh..

tengah bertukang, mengantuk la pulak....

tapi nak sambung tolong papa jugak..rajin anak mama ni..

bersungguh-sungguh mengetatkan skru..walhal, skru tu papa dah pasang cukup ketat...

siap buai dipasang, papa & ammar test naik..tengok kukuh ker tak org dewasa naik sama...



ok la tuh... kukuh.. 2 org dewasa pun boleh naik sama.. tak roboh punya...

Aktiviti Sebelum Tido..

skang aktiviti sebelum tido ammar ialah, baca buku cerita... dan mama kena nyanyi2 lagu old mc donald..



dan sebelum tido...mama akan bacakan surah 3khul, al-fatihah & ayat kursi kat ubun-ubun ammar.. sebab wan pesan..kalau nak anak dengar kata kita, kena baca surah2 tu tiap malam kat ubun-ubun anak.. (mak mertua aku amalkan kat semua anak2 dia..dan alhamdulillah..adik beradik suami mmg dengar kata org tua semuanya..) dan mama harap, anak mama ammar muktafi pun akan follow papa adik beradik..dengar kata org tua.. (skang pun dah nampak sikit..alhamdulillah)..

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (part 5)

11.10.2009-ahad: Sarapan pagi di Apartment aku.. kak leen goreng nasi & sambal sardin.. ibu buat sandwich.. aku? goreng roti prata.. banyak pulak jadinya juadah sarapan pagi tu.. mak & abah gerak balik jam 8.15pagi.. lepas sarapan, budak2 sibuk nak mandi laut lagi... ammar pulak sibuk nak main buai.. papa masih lena lagi..malam tadi papa kuar bertiga ngan laki kak leen & abg samsul..diaorang nengok parti membuat ceramah terakhir utk pilihan raya esoknya.. rasanya dekat kul 3pagi diaorang balik.. mmmm.. lepas layan ammar main buai.. mama & ammar turun kat pantai..konon tak nak mandi..baju mandi pun tak tukar..ammar dengan baju tido..tapi bila tengok orang lain pun selamba jer mandi..kami 2 beranak pun join sama mandi laut.. tapi ammar lebih main pasir jer... bawah: ammar tinggal sensorang kat tepi..tetiba ombak besar, habis belakang ammar tertimbus ngan pasir.. menangis ammar.. mama tengah berendam..yg peliknya, tadi ramai yg kerumun ammar tapi entah bila semua org tinggalkan dia sensorang... & bila ammar nangis, kami semua berkejaran dapatkan ammar... gambar nie, papa yg snap..masa ni papa baru turun..tak sempat sampai kat ammar lagi..

rupanya ombak kuat, sebab air nak pasang..kami terus bawak ammar naik ke atas lagi..jauh sikit dari air... dan ammar pun meneruskan la aktiviti main pasir dia tuh..
dah jauh pun, air sampai gak kat 'port' ammar..

tapi itu semua bukan halangan buat ammar utk main pasir... main la ammar..mama tak marah..main puas-puas...


semua orang tengah leka mencari lala...
nana pulak, menulis nama sendiri kat pasir...
anak mama yang dah basah kuyup & kotor ngan pasir...
ayah dukung ammar bawak berendam...
mak itam dengan pasirnya... (adik ibu-penagsuh ammar)
ira tertido kepenatan... anak dara nie, baju basah pun dia boleh lena.. senang betul...
rendaman yang terakhir.... cepat anak2.. dah pukul 11 lebih.. pukul 12 dah kena check out..
yang didarat...
balik bilik, terus mandikan ammar.. tukar baju & minum susu.. masa minum susu, terus ammar terlena.. penat sangat..udah la malam tadi tak lena tidonya...sementara ammar tido, mama & papa mengemas utk check out...
sian anak mama..ngantuk...
angat bawak masuk keta pun ammar tak sedar... sambung tido dalam keta pulak..
jalan jem giler kat depan politeknik port dickson.. nak menyeberang teluk kemang bukan main sesak lagi...lastnya kami ikut pengkalan kempas-linggi-sua betong... sikit punya jauh berpusing utk mengelakkan jem.. tapi puas ati la..kalau tak, kami masih la kat teluk kemang..sebab ada member study kat politeknik PD yang masih tersekat dalam jem sedangkan kami telah selamat keluar dari Port Dickson..