Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Last day di Imigresen...

hari nie last day di imigresen.. suprise sesangat bila diaorg buat jamuan perpisahan.. terharu sesangat.. maklum la B4 nie, kalau setakat staf cabuk cam aku pindah, takde buat jamuan perpisahan kecuali la kalau pengarah yg pindah.. huhuhuhu terharu sesangat... walaupun serba ringkas, tapi aku tetap rasa terharu.. taktau la ada ker tak yg perasan apa yg aku perasan nih.. walauapapun, TQ very much kat kenkawan.. dapat pulak cenderahati buat kenang-kenangan dari diaorg semua.. Frame surah yassin.. cantikkkk sesangat..mmg idaman ati.. mmmm mekasih kenkawan..

besday boy..

18 Mac 2010 - hepi besday to u..hepi besday to u.. hepi besday to ammar..hepi besday to u.. love u anak mama.. :-) kejap jer rasanya anak mama dah 2 tahun.. masih terasa mama sakit kena jahit masa bersalinkan ammar 2 tahun lepas.. huhuhuhu.. jahit lagi sakit dari baby kuar...huhuhu baby kuar tak rasa apa pun.. tapi time jahit tuh.. umang aiii sakiitttt eh... terjerit-jerit aku mengomel kesakitan.. doktor yg menjahit tu pun sampai panik gaknya dengar aku nangis & jerit² kesakitan.. doktor kata " jahit tak sakit kak..baby kuar tadi lagi sakit.." dan sempat plak aku menjawab kata² doktor tersebut.."tak doktor..baby kuar tadi, saya tak rasa apa pun..jahit nie betul² sakit!" sambil aku menangis teresak-esak... mana tidaknya, ammar lahir pukul 7.41 malam, pastu diaorg biarkan aku jap..abis jahit kul 9malam.. dan aku dijahit oleh 3org.. bergilir-gilir laks diaorg menjahit aku.. umang aii..sompek laks den jadi bahan belajar menjahit doktor tuh.. huhuhu alla jua yg tahu betapa sakitnya kena jahit idup².. dan aku dibiarkan dalam labor room sampai kul 12mlm.. baru la aku ditolak masuk ke wad.. ammar plak? ammar ditempatkan di NICU, coz kepala dia ada sedikit bengkak kesan vakum.. so, malam tu aku tido sensorang.. sebelum naik wad, sempat laks misi tu pesan.."akak, nanti kena kencing & buang air besar tau.. jgn tahan²..kita takut la kot terjahit lubang² berkenaan".. hah?! terkejut beruk la aku mendengar kata² misi tuh..dan berazam la aku nak g toilet pas masuk wad malam tuh.. masa dari labor room ke wad, hubby ada sekali.. sampai la kat wad..hubby dok kat aku kejap..sementara hubby ada tuh, gigih la aku nak g toilet nak kencing..risau gak ngenangkan kata² misi tuh.. so, hubby pun teman la aku g toilet..tapi, masa dok kat dlm toilet, aku pitam..hampir pengsan..sib baik hubby ada..ku rasa saat itu, nyawaku hampir melayang..tak boleh nak nafas..pandangan mata gelap..segelap-gelapnya.. hubby papah sampai ke katil..mujur katil dekat dgn toilet.. lepas minum air, makan sedikit roti, aku lena..hubby pulang.. allah maha kaya, allah maha esa, allah maha mengetahui.. tak dapat aku bayangkan jika baby ada disisiku saat itu.. terus terang, mmg aku tak mampu utk menyusukan dia, membelainya.. dan aku masih belum melihat wajah anakku..

keesokkan harinya, selepas sarapan pagi, aku gagahkan diri berdiri menuju ke toilet.. hasrat ati nak buang air besar plak.. kata² misi masih tergia-gia di telinga... setelah selesai, masa nak bangun kuar dari toilet, sekali lagi..aku pitam, sesak nafas, pandangan mata gelap..badan lemah selemahnya.. terus aku tarik tali pengera supaya misi datang memberi bantuan.. 2 org misi dtg membantu..kali ini pitamku lebih dari semalam..badan ku lemah dari semalam.. 2 org misi tak mampu memapah aku..sebab aku tak boleh berdiri langsung.. nak pegang kain pun tak larat.. terus misi bawak wheelchair.. dan sorang misi bawakkan air milo dlm toilet..suh aku minum air milo.. supaya aku ada tenaga sedikit.. dan sesampai ke katil, sorang misi tolong suapkan kuew teow goreng.. aku? hanya mampu buka mulut..pegang sudu garfu pun tak mampu.. badan rasa lemah sangat..oh, mujur la baby takde disisi.. allah maha mengetahui..

jam 12tgh, hubby datang melawat, aku dah boleh keluar.. hubby sedang mencari wheelchair utk bawakan aku ke NICU utk melihat baby.. dan kami pun menuju ke NICU..dada ku rasa berdebar-debar utk berjumpa baby.. segala rasa ada.. dan sesampai di NICU, di baris pertama, ada 4 org baby.. yg pertama, ketiga & keempat sedang menangis kuat...sedangkan yg ke-dua sedang nyenyak tido.. hubby tanya "teka mana satu anak kita"...dan aku tidak menjawab.. dan mata ku tertumpu pada baby yg tido nyenyak.. dan hubby kata "ini la anak kita, comel kan?" subhanallah.. alhamdulillah..anakku sihat..tapi kenapa kepalanya berbungkus? tiba² hatiku jadi sayu..tak sedar air mata terus mengalir dgn sendirinya... baby dari tido nyenyak terus membukakan matanya, seakan-akan dia mengetahui yg mama & papa ada disisinya saat itu.. baby terus menjeling ke arah kami.. lalu hubby memanggil " ammar...ammar muktafi.." hubby namakan baby kami dgn nama AMMAR MUKTAFI.. dan ammar ketika itu sedang memandang ke arah kami, lalu terus dia menangis.. lapar agaknya..dan tak lama kemudian, sorang misi datang dan menjenguk ammar.. kemudian misi berlalu pergi dan datang kembali membawa 1 strip susu.. misi memasukkan strip ke dalam mulut ammar dan menekan strip.. susu masuk ke mulut ammar..dan tak lama selepas itu, ammar muntahkan semula susu yg telah dimunim tadi.. misi kata, ammar mmg begitu..masih belum boleh minum susu.. jika ammar boleh minum susu utk 3ml, ammar sudah boleh pulang.. tapi utk membiarkan 1ml susu formula ke dalam perutnya pun ammar tak mau.. terus dimuntahkan... dan air mataku terus laju mengalir..tak sanggup melihat keadaan ammar ketika itu.. doktor perlu pantau kesihatan ammar..kata hubby, doktor beritahunya doktor takut ada darah beku di kepala ammar..kepala ammar agak lonjong..kesan vakum... ammar tinggal di NICU sehingga hari keempat iaitu hari jumaat.. sepanjang ammar tinggal dihospital, aku hanya bekalkan susu badan.. hari jumaat, misi call aku mintak aku datang ke NICU.. kata misi, jika ammar pandai menyusu badan, ammar boleh keluar.. sebab misi kata, ammar mmg taknak minum susu formula, tapi susu badan yang aku bekalkan ammar minum & tak muntahkan.. pertama kali susukan ammar, ammar cukup pandai menyusu..tak perlu dipaksa-paksa.. tak macam baby² lain yg ada dlm bilik penyusuan tu..jenuh la mak² diaorg paksa babynya buka mulut utk menyusu.. alhamduillah.. rupanya anak mama nie, taknak susu formula yer.. :-) 21 mac 2008, ammar discharge.

24 mac 2008 bersamaan isnin, ammar warded sekali lagi..sebab jaundis@kuning.. result sample darah ammar yg diambil masa pukul 10 pagi adalah 377.,.. result kuar dari makmal jam 3 petang.. lama gila kami menunggu makmal proses.. bila dapat result, tergesa-gesa la misi kat peads bawak ammar ke NICU, doktor suruh papa sign surat kebenaran utk tukar darah.. coz, doktor risau bacaan makin naik..di NICU, ammar diletakkan dibawah 3 lampu..ammar dibogelkan, cuma pakai pampers jer.. sian kat ammar..udah la spital putrajaya tuh sejuk.. dan malam tu, ammar tido sorang..takde tempat utk aku temankan ammar...

keesokkan harinya, ketika dirumah sedang berurut ngan maklong tetiba dapat panggilan dari hospital putrajaya, misi NICU kata "puan, boleh tak puan datang ke NICU sekarang? anak puan asyik nangis jer..suara dia jer kat NICU nie..pastu dia taknak minum susu".. hah! tau gelabah misi tuh, semalam masa aku mintak nak stay ngan ammar, diaorg tak kasi, taknak usahakan katil utk aku.. skang baru dia tau penangan tangisan ammar..walaupun ammar nangis tak kuat/nyaring cam baby lain, tapi cara dia nangis cam taknak berenti.. bacaan jaundis ammar dah turun ke 325 masa tu.. sib baik turun..tak jadi la doktor nak tukar darah..

bermalam dgn ammar di NICU, buat aku tak tido lena.. adik aku yg JM pesan suh susukan ammar 1jam sekali, dan ada dpt petua dari kawan suh bagi ammar halwa kundur.. halwa kundur tu dah la manis, terpaksa la aku mengunyahnya terlebih dahulu & hisap manisannya sebelum bagi kat ammar.. sebelum susukan ammar, aku suap dia halwa kundur sikit.. dan ammar tak boleh tido terlentang, dia akan menangis..terpaksa la aku menangkupkan ammar macam katak.. 1 jam sekali aku angkat susukan dia.. dan menjelang pagi jam 7am, misi datang amik ammar utk amik darah & mandikan dia.. aku susukan ammar 1jam sekali sehinggalah jam 10pagi.. pastu dah tak larat sangat rasanya mata.. dalam jam 11 lebih, misi datang dan kata "ammar muktafi dah boleh discharge yer..bacaan 215".. alhamdulillah... tak lengah aku call hubby suh datang jemput..

dirumah, aku terus mengamalkan menyusukan ammar sekerap mungkin & bagi air walhal kundur pada ammar.. alhamdulillah..dalam tempoh 1 bulan, jaundis dia ok.. kami sentiasa check bacaan jaundis dia di Klinik pakar kanak² di senawang...

wah! panjang menjela mama bercerita, maklum la tetiba teringat balik kenangan melahirkan ammar & memula dapat baby.. hehhehe

buat anakku ammar muktafi, mama doakan semoga ammar jadi anak yang soleh, bertaqwa & beriman kepada allah s.w.t.. amin..



atas: ammar dengan thomas..

atas: ammar tengah makan kek belang sambil tengok CD kegemarannya.. CD nabi Nuh..

sungai dalam LAUT.. subhanaallah

just nak share & untuk simpanan sendiri, diruangan sendiri.. aku ternampak sesuatu yg menarik dalam Facebook kawan kepada kawan.. menarik utk dikongsi.. layanz....









"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.



keje

malas betul nak wat keje skang nie.. pendek kata semua benda aku malas nak buat.. baik keje opis... keje umah.. semua malas la.. yang aku nak buat masa nie, lepak kat umah ngan ammar..
teringat plak malam tadi, masa nak tido..ammar cakap "ammai ido, mama ido, sume oyam ido..papa work, ayik uit anyak² untuk ammai" maksudnya " ammar tido, mama tido, semua orang tido, papa work cari duit banyak² untuk ammar" hehhehe..baru setahun 11bulan, tapi si ammar dah paham.. sejak papa keje malam nie, ammar sempat jumpa papa petang dari pukul 5.30ptg-7.30mlm.. pagi plak kadang² jumpa, kadang² tak jumpa langsung.. dan skang ammar dah pandai, pepagi tak nak g umah pengasuh.. macam pagi tadi.. papa sampai umah sebelum sempat kami kuar.. ammar mmg dah bangun masa tuh.. bila dia nampak papa, terus dia kata "nak mam" maksudnya "nak makan"... dah jadi kesedapan la kat dia gaknya..kelmarin dia g sarapan kat kedai mamak ngan papa.. bila aku kata "ammar g umah ibu la yer" dan ammar jawab "nanak ibu..nak mam" maksudnya "taknak ibu, nak makan".. kena la papa melayan bujang dia pagi tadi...dgn baju tido, ammar naik motor ngan papa g makan kat mamak alkadir enstek..

bersawang

bersawang betul blog aku nih.. lama betul tak update blog.. bizi betul sejak dua menjak nie.. nak curi² upload pic kat blog pun takde masa.. nak update time cuti, lagi la takde ruang/peluang... bila ammar muktafi nampak jer mama masuk bilik belakang, mula la dia ngekor sama.. pastu siap plak dia bleh cakap cenggini "mama, duduk pan..totop ini.." maksud kata²nya : "mama duduk depan..tutup ini.."
yang buat aku lebih gelihati, ammar muktafi cakap sambil jari dia tunjuk kat komputer..

lawaks la sejak ammar dah pandai bercakap nie.. macam² benda kelakar yg terjadi.. hehehe
contoh cam semalam, dalam kete ammar sibuk kata "nak cucu aisy" dok ulang la banyak kali.. puas la aku teka apa kebenda bujang nie cakap.. bila aku teka "ammar nak susu?" dia lagi tekankan suara dia sambil cakap " nak cucu aisy".. paham la aku yg aku teka tuh tak betul.. wallah anak, pebenda la yg ko cakap nie? dalam kepala otak akul igat pikir perkataan yg sebunyi dgnya yg selalu dia sebut.. oooo.. "ammar nak buku alif ba ta?".. dia sebut gak lagi dgn nada yg lebih kuat "nak cucu aisy".. aku jawab "aik, takkan tak betul lagi?, ammar nak susu yer?".. bleh plak si ammar gelak bila dengar aku jawab cenggitu.. gelakkan mama dia yg taktau apa yg dicakapkan.. dan sebenarnya, ammar muktafi nak buku alif ba ta... ala hai anak.. bahasa alien sungguh.. hehehhe

lawaks yang kedua, selalu terjadi saat petang bila orang masjid dah mula ngaji.. kalau ammar masih di padang permainan, dia akan cakap ngan aku "jom ayik, azan..ti mak ayah". maksudnya "jom balik, azan..nanti mak marah"... wakakkaka..lawaks tu nengok air muka ammar time tuh.. pastu bukan takat dia jalan balik umah diam².. mulut dia pasti akan sebut cenggini " abam, tatak, ayik! azan! ti mak ayah" maksudnya " abang, kakak, balik! azan! nanti mak marah"...
wah! bunyi cam pengawas sekolah jer anak aku menjaga sekalian kanak² yg sedang asyik bermain tanpa menghiraukan suara orang mengaji yang menandakan tak lama lagi nak maghrib.. kadang² ammar akan melaung menjerit sekuat ati dia dari balkoni depan rumah memarahi kanak² yg lebih besar dari dia kalau dah senja, bebudak tu semua tak reti nak balik rumah.. ayat ammar cam biasa la.. " abam, tatak, ayik! azan! ti mak ayah".

FRASER HILL (part 2)

nak cerita banyak pun, macam malas jerk.. tengah takde idea.. pulak tu nak recall balik memory yg dah agak tua nie.. huhuhu..layan gambar jer la dulu yer.. nanti bila mama ada mood, idea punmencurah-curah, mama edit balik post nie... hehehhe




perjalanan ke FRASER HILL

lama sungguh tak mengupdate story kat blog nie.. sejak dua menjak nie asyik layan FB jer..tu yg sampai takde masa nak update blog... huhuhuhu... (back to the story..)
pada 19.12.2009 yg lepas², aku 1 family ke Fraser Hill... teringin sangat nak sampai fraser hill.. booking rumah perangina persekutuan Fraser Hill pun sejak bulan 4 lagi... awal sungguh kami booking..maklum la..skang nie rumah peranginan persekutuan laris macam pisang panas.. siapa cepat dia dapat la kan.. hajat nak booking 1 banglo..tapi hajat tak kesampaian.. kami cuma dapat 1 bilik besar & 2 bilik kecil..ok la dapat banyak bilik... itu pun sebab ajak imai & ipok sekali..kalau tak, mmg 1 bilik besar tu jer la yg aku boleh booking.. sebab 1 pegawai hanya boleh booking 1 banglo / bilik sahaja dlm satu² masa... mmmm..panjang lebar pulak aku citer pasal booking membooking ruamh peranginan persekutuan nie.. kami mulakan perjalanan dari kuarters KLIA lebih kurang jam 10.20pagi...

bawah: kami berhenti kattol rawang / batang berjuntai.. menunggu imai sekeluarga...

bawah: atok & bella... (bella tak naik keta ngan ibu ayah dia.. sibuk ngekor atok & nenek)

kuarters KLIA-elite-highway guthrie-rawang-batang kali-serendah-kuala kubu baru-fraser hill


mmm..jauh jugak kurasakan fraser hill nie.. ammar sampai bosan la dok dalam keta lelama.. habis kereta dikumbahnya..segala kertas yg mama simpan habis dia sepah²kan.. maklum la..waktu perjalanan adalah waktu dia bermain..

bawah: selongkar pun selongkar, ammar jumpa spek itam mama.. dan apa lagi??? tengok la gelagat ammar belajar pakai spek nie..


bawah: senget pun senget la..janji ammar dapat pakai yer?


bawah: baru ler betul.. setelah berusaha berberapa kali..


bawah: empangan... apa ntah namanya.. tak ingat..



kami sampai kat gate utk naik ke fraser hill ngam² jam 1.20petang.. sedang elok masa utk kenderaan naik... dan kami meneruskan perjalanan dgn menyusuri jalan yg sempit.. mmg patut la diaorg buat time turun & naik.. sempt sesangat jalannya...dan perjalanan dari bawah nak sampai ke fraser hill lebih kurang 20minit..

bawah: jalan yg sempit..

bawah: dah nak sampai.. kereta banyak la pulak..


bawah: pemandangan kat pintu masuk fraser hill.. (umang aiii, kabus tebal giler.. masa nie baru jam 1.45ptg... hujan renyai²)


bawah: pekan farser hill yg kecil.. ada balai polis, pejabat pos, kedai runcit..


bawah: jalan masuk ke rumah peranginan persekutuan.. atas bukit betul nie.. cantikk kabus..sejuk usah cakap la..memang sejuk..


kami sampai jam 1.50ptg.. menunggu jam 2ptg utk ambil kunci bilik.. lepas dapat kunci bilik, terus menunju ke banglo A... mmmm ??? bilik kami dalam banglo besar nie gamaknya...

bawah: ruang tamu dalam banglo yg dikongsi dengan penghuni bilik lain..


bawah: ada playground... sib baik la ujan renyai², kalau tak..pasti ammar naik g main & taak reti nak naik..


bawah: ammar melawat kawasan.. hehhehe..sejuk..sejukk..


bawah: ruang makan yg luas.. juga dikongsi dengan penghuni bilik lain.. tapi kami jer yg guna ruangan nie.. sebab kami jer yg memasak sendiri.. orang lain makan luar gaknya.. kami tak larat nak kuar..sejukk sangat!