Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Gambar Kenangan Masa Auntie Rara Bertunang

sajer upload gambar masa majlis bertunang Auntie Rara.. untuk kenangan & nak berkongsi ngan sesapa yang rasa diri dia tu jauh & tak dapat hadir sama masa majlis nie..... hehhehe.. (mesti paksu ammar terasa nih..jangan marah yer..)

warna Maroon ialah hantaran dari pihak perempuan...kat bawah nie, Kek
yang nie..Kemeja
yang nie.. Buah Apple
yang nie.. Coklat
yang tak berapa nak jelas rupa hantarannya nie... (sebab cara ngamik gambar nie..hehhe) ialah
Minyak Wangi
yang ini pula.. Roti Bakuldan yang ini.. Kain Pasang untuk buat baju melayu
ini pula.. Buah-buahan bersama Bunga segar
dan ini.. Poppouri
dan yang terakhir... Sireh Junjung
Hantaran dari pihak lelaki warna Biru yang ini Kek Coklat
yang nie.. Minyak Wangi
dan ini.. Telekung
ini... Buah-Buahan
ini pula.. Gula-gula coklat
dalam kotak nie.. Kek Aiskrim
yang ni pula.. Kain Pasang
yang merah-merah kat bawah nie.. Asam
dan yang terakhirnya... Sireh Junjung
ehmmmm... dah settle cover story kat hantaran..dan skang masa untuk mengimbas kembali gambar-gambar lain... yang kat bawah nie.. Auntie Rara ngan Angah.. memain sungguh angah nie..yang sorang nie..kalau dia ada kat umah.. memang ada jer lawak yang dia buat..huhuhu...

Auntie Rara ngan Family Alang...
sayang Mak..
Manja abah...
smiles...
tenung bunga tuh...
smiles again...
sempat posing kat tangga...
kaum bapa berkumpul memotong kek menyambut 'Hari Bapa'
tetamu sedang menjamu selera..
bergambar depan hantaran...
Auntie Rara, Uncle Asri, Mak dan ? (taktau sapa budak kecik tuh..agaknya anak buah uncle Asri)
Dicelah hantaran...
:-)
Muhamad Khairil Akif bin Khairil Adzhar duduk atas kompang dan kemudiannya...
kompang dirampas oleh Ammar Muktafi bin Khairil Anwar...
aku :-)
baiki sikit tudung Auntie Rara...
Angah, Autie Rara & Nenek Ilir (nenek sebelah mak)
Auntie Rara bersama sepupu-sepupu dari Batu Kikir...
Salam Pak Ngah Hashim..
Salam Mak Ngah Azu..
Hantaran...
Salam peluk cium Mak..selepas acara sarung cincin..
ambik tempat nak sarung cincin..
Auntie Rara baru turun dari tempat persembunyian.. hehhehe.. bilik kat atas..
Biras aku... Umi Natrah ngan Akif.. (bila la biras aku nie nak bersalin..tak sabar nak jumpa anak buah baru nie.. hhmmm kalau ikut due date bersalin 23 jun 2009..tapi sampai la arini dah 28 jun 2009, belum gak lagi bersalinnya...)
mereka lagi...
Mak mertuaku.. sebelum ketibaan rombongan lelaki...
hubby, Alang & Akif..
Anak kesayangan.. Ammar Muktafi..

Award

Peraturan untuk menerima award ini ialah....
Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.





Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ni dapat dari ita..
TQ ita

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

  1. suka orang yang kelakar
  2. cepat bosan buat sesuatu benda
  3. suka memasak
  4. suka jugak menanam pokok..(tak kira la pokok bunga atau sayur)
  5. tak suka ulang pakai baju yg dah dipakai, walaupun pakai kejap dlm 10 minit.. mesti letak dalam mesin basuh.. jadi, banyak la baju yang nak kena basuh ari-ari..
  6. suka makan, huhuhuu..skang kena control..badan makin naik..
  7. suka warna HIJAU
  8. suka jenjalan... bestnyer kalau tiap bulan boleh g holiday.. huhuhu..
  9. sayang sangat kat Mak, Abah,Khairil Anwar, Ammar Muktafi & family aku.. cuma kenkadang tak reti nak tunjuk betapa aku sayang kat diaorang semua nie..
  10. tak suka jawab/buat panggilan telefon.. SMS / email / YM jer la yer kenkawan..
Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  1. AkmaHisyam
  2. (tak ramai kawan yg ada blog)
Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan
"anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda".

Majlis Pertunangan Nurra

21 Jun 2009 - arini, Kakchik @ Nurrafidah @ Auntie Nurra bertunang ngan buah atinya si Asri.. dikesempatan berblog nie.. mama pun sama sibuk la nak mengabdikan peristiwa penting dalam family mertua aku nih..

SeLaMaT BeRTuNaNG

Nurrafidah
&
Asri


sempat posing kat bilik.. ada macam2 posing.. dan dalam banyak-banyak gambar, ini la gambar yang paling aku suka.. nampak cantekkk sangat....
aku & Nurra
pihak lelaki dari Felda Bukit Jalor sampai di Batang Jelai pada pukul 12.30 tengahari...
wakil pihak perempuan tengah mengira jumlah duit hantaran yang diberi oleh pihak lelaki..
acara menyarung cincin...
Nurra mencium tangan bakal mak mertuanya...
akif & mamanya..
ammar salam & cium tangan auntie Rara...
sireh junjung yang tak berapa nak berjunjung hasil tangan aku...
Nurra bergambar dengan hantaran-hantarannya...

Nurra bergambar bersama keluarga pihak lelaki...
Nurra bersama mak, abah & akif
Nurra bersama Angah & wife
Nurra bersama Iwan & Asmah
gambar ammar??? hmmmm..sepanjang majlis nie berjalan..ammar leka dengan kompang.. asyik main.. baru nak amik gambar ngan auntie, ammar dah merengek nak tido.. dan ini gambar ammar lepas bangun tido.. menanyang gigi..
nota:
tak reti nak cerita banyak sebab bukan aku yang amik gambar2 nie sumer.. papa yang amik gambar2 nie.. nak me'reka' cerita bukannya senangkan... hehehhe kang lain pulak jadinya nanti... so, layan gambar jer la yer.....

Besday Hubby

14 Jun 2009- genap umur hubby 32thn.. SELAMAT HARI LAHIR..MOGA MURAH REZEKI.. SEMOGA DIBERKATI ALLAH.. SEMOGA DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.. SEMOGA SIHAT WALAFIAT..
kek coklat... besday hubby sama bulan ngan besday maknya.. mak mertua ku.. (9hb jun) sambut sekali arung..senang..
ammar & paksu
so, siangnya tu..aku buat nasi ayam hainan.. jemput ahli keluarga datang makan... dan kat bawah nie antara tetamu yang hadir..
mak teh melayan syakir minum...
kakak tira, kakak nana, abang Daniel & ibu ammar pun datang juga...
Terima kasih pada yang sudi datang memeriahkan rumah kami sempena besday papa..

makan & minum

4.6.2009 - masa papa tengah makan.. ammar pun sama jugak nak makan.. ammar mintak keropok ikan yang memang sentiasa ada kat atas meja makan.. bila ammar dapat jer keropok ikan tu, terus dia naik duduk atas sofa.. mama letakkan sekali botol air masak kat sebelah ammar.. kang senang kalau dia haus..dia boleh terus minum jer.. tengok la bukti kat bawah nie..
memula elok jer ammar makan sambil duduk sandar-sandar kat sofa sambil tengok citer cartoon.. pastu tetiba dia merebahkan dirinya...
wah! ini sudah lebih.. makan sambil baring-baring plak..
wah..wah..wah... siap angkat kaki sebelah..siap goyang-goyang lagi tuh.. senang hati sungguh nampaknya..
haus la pulak... terus capai botol kat sebelah.. minum...

macam-macam pesen si ammar nie.. (papa marah ammar makan sambil baring..tapi ammar buat dekk jer..buat-buat tak dengar..leka dia tengok tv)..

resepi nasi ayam hainan

semalam...balik dari keje, aku & Adiani buat projek nasi ayam hainan.. aku dapat resepi dari internet.. tapikan..aku ubah sikit resepinya mengikut apa yang ada kat dapur aku tuh.. dan hasilnya memang sedaapppp.... hubby makan pun hubby kata "mmhmm sedaappp..".. dan untuk berkongsi resepi nasi ayam hainan yang telah digubah oleh aku nie..


Nasi Ayam Hainan

Bahan-Bahan:

Bhn A
1/2 ekor ayam
3 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
sedikit madu dan garam
Perap 30 minit semua bhn diatas

Bhn B (Kicap Bijan)
250 ml air

1 ketul kiub ayam knor/maggi
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair maggi (kalau pakai kicap biasa pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan

(if takde myk bijan, beli jer bijan..goreng..minyak goreng bijan tu guna sebagai gantinya..sedapp jugak apa..)

Didihkan bhn B hingga sebati

Bhn C
100 gm Cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar cuka
Gula dan garam ikut rasa
Blender kesemua bahan diatas

Bhn D
1000 ml stok ayam
3 cm halia - dimayang
3 ulas bwng putih - di mayang
1 bungkus sup bunjut
Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang
Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup

Bhn E
3 pot beras
3 cm halia dimayang halus
6 biji bawang putih dimayang halus
2 helai daun pandan (kerat 3)
Air Stok ayam mengikut citarasa lembut nasi


Cara:

a)untuk menumis nasi

  1. Tumis Bhn E hingga naik wangi.
  2. Selepas tu masukan air stok ayam,
  3. Masukan garam
  4. dan daun pandan serta beras.
  5. Masak seperti biasa.



b). Ayam digoreng seperti biasa.


Cadangan Hidangan:

1. Hiris timun dan tomato kemudian letakkan didalam pinggan.
2. Potong ayam dan letak diatas timun & tomato tadi.
3. Tuangkan Bhn B di atas ayam
4. Taburkan sedikit bijan.

5. Sedia dihidangkan.

Nota:

* Ayam jangan digoreng terlalu lama. Ayam boleh menjadi keras. Nasi Ayam Hainan akan bertambah sedap bila ayamnya lembut.


dan lihat la kat bawah nie..ini la hasil masakan aku dan Adiani semalam... senang dimasak dan sedappp tau..
dan ini ayam tambahan...