Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

resepi nasi ayam hainan

semalam...balik dari keje, aku & Adiani buat projek nasi ayam hainan.. aku dapat resepi dari internet.. tapikan..aku ubah sikit resepinya mengikut apa yang ada kat dapur aku tuh.. dan hasilnya memang sedaapppp.... hubby makan pun hubby kata "mmhmm sedaappp..".. dan untuk berkongsi resepi nasi ayam hainan yang telah digubah oleh aku nie..


Nasi Ayam Hainan

Bahan-Bahan:

Bhn A
1/2 ekor ayam
3 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
sedikit madu dan garam
Perap 30 minit semua bhn diatas

Bhn B (Kicap Bijan)
250 ml air

1 ketul kiub ayam knor/maggi
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair maggi (kalau pakai kicap biasa pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan

(if takde myk bijan, beli jer bijan..goreng..minyak goreng bijan tu guna sebagai gantinya..sedapp jugak apa..)

Didihkan bhn B hingga sebati

Bhn C
100 gm Cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar cuka
Gula dan garam ikut rasa
Blender kesemua bahan diatas

Bhn D
1000 ml stok ayam
3 cm halia - dimayang
3 ulas bwng putih - di mayang
1 bungkus sup bunjut
Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang
Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup

Bhn E
3 pot beras
3 cm halia dimayang halus
6 biji bawang putih dimayang halus
2 helai daun pandan (kerat 3)
Air Stok ayam mengikut citarasa lembut nasi


Cara:

a)untuk menumis nasi

  1. Tumis Bhn E hingga naik wangi.
  2. Selepas tu masukan air stok ayam,
  3. Masukan garam
  4. dan daun pandan serta beras.
  5. Masak seperti biasa.



b). Ayam digoreng seperti biasa.


Cadangan Hidangan:

1. Hiris timun dan tomato kemudian letakkan didalam pinggan.
2. Potong ayam dan letak diatas timun & tomato tadi.
3. Tuangkan Bhn B di atas ayam
4. Taburkan sedikit bijan.

5. Sedia dihidangkan.

Nota:

* Ayam jangan digoreng terlalu lama. Ayam boleh menjadi keras. Nasi Ayam Hainan akan bertambah sedap bila ayamnya lembut.


dan lihat la kat bawah nie..ini la hasil masakan aku dan Adiani semalam... senang dimasak dan sedappp tau..
dan ini ayam tambahan...

5 ulasan:

Ietams berkata...

bule buat ikut resipi ni, nih

nash berkata...

salam,best betul siap ada resepi...kalau ada kelapangan jenguk2 le blog saya...http://macam2punada-nash.blogspot.com

mila80 berkata...

to ita: buat jgn tak buat.. follow jer resepi nie.. mesti jadik punya la..gerenti.. hehhehe..

to nash: TQ melawat blog mama ammar muktafi nie.. insyaallah, nanti mama melawat blog nash plak yer..

miemie berkata...

cheff mimi,

ni memang nasi ayam jugak tp bukan hainam syg....ni nasi ayam jugak cuma ayam dia lebih kurang mcm pgg or goreng (roasted)...nasi ayam hainam ni...ayam dia tidak di goreng tp di rebus atau dikukus...itu lah nasi ayam....hehehe...anyway nice try....

miemie berkata...

cheff mimi,

ni memang nasi ayam jugak tp bukan hainam syg....ni nasi ayam jugak cuma ayam dia lebih kurang mcm pgg or goreng (roasted)...nasi ayam hainam ni...ayam dia tidak di goreng tp di rebus atau dikukus...itu lah nasi ayam "Hainam"....hehehe...anyway nice try....