Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Resepi Mee Hong Kong

semalam, teragak plak nak masak mee hong kong.. gara-gara teringat meng'order' yee mee hong kong kat Adam Western,Kg Jijan aritu la... dek sebab aku tak pernah buat mee hong kong..dan memang tak tau macam mana nak buat.. aku cari resepi kat internet.. dan terjumpa la pulak resepi yang cukup ringkas dan mudah difaham dan bahan-bahan yang mudah dicari... ini la dia resepi yang aku jumpa tuh..

Mee Hong Kong


Bahan-bahan
mee kuning - 1 peket (yg 1/2 kilo tue..)
isi ayam - potong dadu kecil
udang - bersihkan kulit tapi tinggalkan ekor
sotong - potong kecil2
Fishcake - hiris nipis
sawi - potong kecil

lobak - hiris tipis
kobis - potong kecil
bawang putih - biar lebih sikit (ditumbuk kasar)
lada sulah - biar lebih sikit
tepung jagung -tuk memekatkan kuah
air rebusan kulit & kepala udang (untuk kuah)
sedikit garam

Cara :

1. Panaskan kuali, tumis kan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan isi ayam, udang, sotong dan hirisan fishcake, carrot, sos tiram dan gaul rata.
3. Masukkan air tunggu hingga mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan pekatkan kuah sedikit dgn tepung jagung.
4. Masukkan sayur dan mee. biarkan sebentar agar sawi dan kobis masak dan hidangkan panas bersama lada ijau jeruk....

nota :
air rebusan kulit udang tu boleh di tukar ngan air biasa dan sedikit sos tiram.

* kalau suka pedas… ambil sedikit kicap + air masak + garam + hirisan cili api…

(boleh dimakan bersama mee hong kong)


kat bawah ni antara bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat mee hong kong nie..

dan hasilnya, tengok la rupa mee hong kong yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dimakan kat bawah nie..... memang sedaapppp....


1 ulasan:

Faeez berkata...

oooo..kene tumis eh..semlm try gak buat....tp main campak2 je...x tumis pun..dah mcm mee sup..patut le kurg umppphhh..