Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Melaka River Cruise

malam 30hb mei 2009 kami 3 beranak tido kat kampung ibu & ayah.. memulanya aku dah booking bilik kat hotel bamboo.. tapi dek sebab ada beberapa masalah, kami tido umah ibu & ayah jer..(boleh plak apek tu kata aku takde booking, hampeh!!!..pastu bleh plak dia offer kat aku bilik lain yang rega bleh tahan mahal & bilik plak tak sepadan ngan rega..dgn persekitaran yang agak mencurigakan dan menyeramkan, aku cancel la hajat nak tido kat hotel bamboo tu..)..
malam kami cadang nak g naik bot kat 'melaka river cruise'...
sesampai kat situ..kami tengok ada pak polisi bagai.. aik?! pelik gak..ada aper nie? kami menanti nak tengok apa sebenarnya aktiviti malam nie?
kaunter tiket plak tutup dari pukul 5.30petang hingga 9.00mlm.. umang aii..lamo eh nak nanti.. masa tu baru pukul 8.00 mlm... orang ramai lak tu.. yang dah ada tiket nak nanti naik bot pun sekian ramainya...

tunggu punya tunggu... rerupanya malam nie ada Majlis Perasmian Pesta Sungai Melaka 2009... ada YDP melaka - Tan Sri Khalil Yaakob.. MB melaka - Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pun ada..




mereka-mereka yang telah beli tiket awal.. sedang beratur nak naik bot...
bot VIP...
penuh sungai tu ngan bot... bot plak penuh ngan manusia... huhuu.. kami jugak yang tak naik bot.
papa & ammar dok menengok bot yang meriah ngan lampu..
ammar tengok bot jer la yer malam nie..kita salah pilih masa la pulak.. so, malam tu kami tak jadi naik bot.. lain kali kita datang lagi..
kami gerak g kat eye on malaysia plak... ini pandangan dari tempat parking kete...
pintu masuk ke eye on malaysia ... kami tak naik pun.. memula cam nak naik..tapi bila tengok bleh tahan gak kelajuan eye on malaysia tu bergerak..terus aku cancel nak naik.. aku nie mabuk sikit naik bendaalah yang berpusing-pusing nie..
pas meround kat eye on malaysia tu..kami g makan masak asam pedas melaka... (Fuh!!! memang best la rasa asam pedas ikan pari yang kami order tue.. nama kedai dia? alamaks..lupa plak nak snap gambar..) dan malam tu jugak..jam 1.00pagi.. aku, papa, ammar, ibu & ayah g mydin... semua gara-gara ammar tak bleh tido..asyik nak main jer... balik dari mydin jam 2.15 pagi (lebih kurang la..) ammar tido lena dalam keta... sampai esok pagi...

0 ulasan: