Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Award

Peraturan untuk menerima award ini ialah....
Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.





Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Award ni dapat dari ita..
TQ ita

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

  1. suka orang yang kelakar
  2. cepat bosan buat sesuatu benda
  3. suka memasak
  4. suka jugak menanam pokok..(tak kira la pokok bunga atau sayur)
  5. tak suka ulang pakai baju yg dah dipakai, walaupun pakai kejap dlm 10 minit.. mesti letak dalam mesin basuh.. jadi, banyak la baju yang nak kena basuh ari-ari..
  6. suka makan, huhuhuu..skang kena control..badan makin naik..
  7. suka warna HIJAU
  8. suka jenjalan... bestnyer kalau tiap bulan boleh g holiday.. huhuhu..
  9. sayang sangat kat Mak, Abah,Khairil Anwar, Ammar Muktafi & family aku.. cuma kenkadang tak reti nak tunjuk betapa aku sayang kat diaorang semua nie..
  10. tak suka jawab/buat panggilan telefon.. SMS / email / YM jer la yer kenkawan..
Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  1. AkmaHisyam
  2. (tak ramai kawan yg ada blog)
Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan
"anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda".

Majlis Pertunangan Nurra

21 Jun 2009 - arini, Kakchik @ Nurrafidah @ Auntie Nurra bertunang ngan buah atinya si Asri.. dikesempatan berblog nie.. mama pun sama sibuk la nak mengabdikan peristiwa penting dalam family mertua aku nih..

SeLaMaT BeRTuNaNG

Nurrafidah
&
Asri


sempat posing kat bilik.. ada macam2 posing.. dan dalam banyak-banyak gambar, ini la gambar yang paling aku suka.. nampak cantekkk sangat....
aku & Nurra
pihak lelaki dari Felda Bukit Jalor sampai di Batang Jelai pada pukul 12.30 tengahari...
wakil pihak perempuan tengah mengira jumlah duit hantaran yang diberi oleh pihak lelaki..
acara menyarung cincin...
Nurra mencium tangan bakal mak mertuanya...
akif & mamanya..
ammar salam & cium tangan auntie Rara...
sireh junjung yang tak berapa nak berjunjung hasil tangan aku...
Nurra bergambar dengan hantaran-hantarannya...

Nurra bergambar bersama keluarga pihak lelaki...
Nurra bersama mak, abah & akif
Nurra bersama Angah & wife
Nurra bersama Iwan & Asmah
gambar ammar??? hmmmm..sepanjang majlis nie berjalan..ammar leka dengan kompang.. asyik main.. baru nak amik gambar ngan auntie, ammar dah merengek nak tido.. dan ini gambar ammar lepas bangun tido.. menanyang gigi..
nota:
tak reti nak cerita banyak sebab bukan aku yang amik gambar2 nie sumer.. papa yang amik gambar2 nie.. nak me'reka' cerita bukannya senangkan... hehehhe kang lain pulak jadinya nanti... so, layan gambar jer la yer.....

Besday Hubby

14 Jun 2009- genap umur hubby 32thn.. SELAMAT HARI LAHIR..MOGA MURAH REZEKI.. SEMOGA DIBERKATI ALLAH.. SEMOGA DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.. SEMOGA SIHAT WALAFIAT..
kek coklat... besday hubby sama bulan ngan besday maknya.. mak mertua ku.. (9hb jun) sambut sekali arung..senang..
ammar & paksu
so, siangnya tu..aku buat nasi ayam hainan.. jemput ahli keluarga datang makan... dan kat bawah nie antara tetamu yang hadir..
mak teh melayan syakir minum...
kakak tira, kakak nana, abang Daniel & ibu ammar pun datang juga...
Terima kasih pada yang sudi datang memeriahkan rumah kami sempena besday papa..

makan & minum

4.6.2009 - masa papa tengah makan.. ammar pun sama jugak nak makan.. ammar mintak keropok ikan yang memang sentiasa ada kat atas meja makan.. bila ammar dapat jer keropok ikan tu, terus dia naik duduk atas sofa.. mama letakkan sekali botol air masak kat sebelah ammar.. kang senang kalau dia haus..dia boleh terus minum jer.. tengok la bukti kat bawah nie..
memula elok jer ammar makan sambil duduk sandar-sandar kat sofa sambil tengok citer cartoon.. pastu tetiba dia merebahkan dirinya...
wah! ini sudah lebih.. makan sambil baring-baring plak..
wah..wah..wah... siap angkat kaki sebelah..siap goyang-goyang lagi tuh.. senang hati sungguh nampaknya..
haus la pulak... terus capai botol kat sebelah.. minum...

macam-macam pesen si ammar nie.. (papa marah ammar makan sambil baring..tapi ammar buat dekk jer..buat-buat tak dengar..leka dia tengok tv)..

resepi nasi ayam hainan

semalam...balik dari keje, aku & Adiani buat projek nasi ayam hainan.. aku dapat resepi dari internet.. tapikan..aku ubah sikit resepinya mengikut apa yang ada kat dapur aku tuh.. dan hasilnya memang sedaapppp.... hubby makan pun hubby kata "mmhmm sedaappp..".. dan untuk berkongsi resepi nasi ayam hainan yang telah digubah oleh aku nie..


Nasi Ayam Hainan

Bahan-Bahan:

Bhn A
1/2 ekor ayam
3 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
sedikit madu dan garam
Perap 30 minit semua bhn diatas

Bhn B (Kicap Bijan)
250 ml air

1 ketul kiub ayam knor/maggi
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair maggi (kalau pakai kicap biasa pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan

(if takde myk bijan, beli jer bijan..goreng..minyak goreng bijan tu guna sebagai gantinya..sedapp jugak apa..)

Didihkan bhn B hingga sebati

Bhn C
100 gm Cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar cuka
Gula dan garam ikut rasa
Blender kesemua bahan diatas

Bhn D
1000 ml stok ayam
3 cm halia - dimayang
3 ulas bwng putih - di mayang
1 bungkus sup bunjut
Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang
Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup

Bhn E
3 pot beras
3 cm halia dimayang halus
6 biji bawang putih dimayang halus
2 helai daun pandan (kerat 3)
Air Stok ayam mengikut citarasa lembut nasi


Cara:

a)untuk menumis nasi

  1. Tumis Bhn E hingga naik wangi.
  2. Selepas tu masukan air stok ayam,
  3. Masukan garam
  4. dan daun pandan serta beras.
  5. Masak seperti biasa.



b). Ayam digoreng seperti biasa.


Cadangan Hidangan:

1. Hiris timun dan tomato kemudian letakkan didalam pinggan.
2. Potong ayam dan letak diatas timun & tomato tadi.
3. Tuangkan Bhn B di atas ayam
4. Taburkan sedikit bijan.

5. Sedia dihidangkan.

Nota:

* Ayam jangan digoreng terlalu lama. Ayam boleh menjadi keras. Nasi Ayam Hainan akan bertambah sedap bila ayamnya lembut.


dan lihat la kat bawah nie..ini la hasil masakan aku dan Adiani semalam... senang dimasak dan sedappp tau..
dan ini ayam tambahan...

zoo melaka

31 mei 2009 - ammar muktafi masih lagi tido walaupun dah pukul 8.00pagi.. ngantuk sangat gamaknya.. ini semua gara-gara dia tido lambat semalam.. ye la..tido kul 2pagi..mana tak ngantuk.. tengok la nie... lena sungguh..
macam-macam pesen tido ada... (huhuuu..papa pun tido lagik..sama la bapak ngan anak..hehhe)


aktiviti kami pagi ahad nie nak g zoo melaka.. kami sampai kat zoo dalam jam 10.20pagi... dan ini adalah sebahagian gerai-gerai yang ada kat luar zoo...macam-macam ada dijual.. bolleh tahan la kesedapan makanan kat gerai-gerai nie.. rasanya macam rasa makanan kat kantin sekolah jer..hehhehe..teringat plak zaman sekolah dulu... sedapp apa...
tiket bagi orang dewasa=Rm10.00..untuk kanak-kanak, aku tak perasan plak baper henget.. sebab ayah ammar yang bayarkan tiket kami..huhuhuhu...
kami g zoo nie reramai.. semua ahli keluarga ibu ada sekali.. gambar kat bawah nie.. ammar jalan ngan ibu kat depan... mama & papa tercicir kat belakang...

singgah kat iguana... hehheheh..tengok ammar tuh..dia tak perasan yang dia duk kat sebelah iguana memulanya...bila dah perasan...
terkejut la ammar muktafi nie..(mama memang tak berani la nak dok dekat iguana tue..seramm)
pas tengok iguana, kami tengok tapir plak... hehheheh...
lepas tengok tapir..kami singgah kat kuda plak.. anak2 buah ibu & kakak abang ammar nak naik kuda..tapi ammar muktafi bukan leka tengok kuda..dia dah dapat ranting.. sibuk menconteng tanah...
dah abis conteng, ammar bangun..cari tanah lainyang belum diconteng...
berenti..conteng lagi... ammar dah tak peduli apa orang sekeliling buat..kusyuk menconteng..

bangun lagi.. nak conteng kat tempat lain plak...
kat sini pulak...
dah makin jauh ammar dari kami semua..terus aku dukung ammar... ajak dia tengok kakak tira naik kuda...
bila kuda kak tira da berenti.. kami letak ammar atas kuda.. ammar menangis.. takut agaknya..
mintak angkat dia dari kuda... huhuhuhuu...
dan kami pun meneruskan perjalanan.. ammar jalan sendiri..tak nak orang pegang tangan dia..
siap lari-lari lagi tuh!
bila dah penat jalan..ammar mintak ibu dukung plak.. gambar kat bawah nie..ayah sibuk menenyeh tangan ammar kat dagu dia..menyakat ammar..
tengok?! manja ngan ayah.. ayah selalu bagi muka..

ibu tunjuk haiwan kat ammar....
haus la pulak... minum air dulu...
sepanjang kat zoo nie..papa kena jadi cameraman & tukang bawak beg susu ammar.. berat woo beg ammar tuh siap ngan bekas air panas lagik.. tak sanggup mama nak bawak... sib baik ada papa..hehehhe..
ammar jalan ngan mama la yer... kita nak g tengok kura-kura..
ammar jalan dulu..g tengok bebudak naik replika kura-kura besar..
pastu pusing balik kat kami..
ok..dah sampai kat kura-kura... memula ammar macam excited nak tengok kura-kura..
bleh plak dia kata takde kura-kura... siap buat tangan tuh..
bila ammar dah perasan ada kura-kura..dia lari peluk kaki aku.. takut kat kura-kura..
lepas tengok kura-kura..kami g tengok burung bangau plak... tapi ammar dah jumpa ranting lagi...
dan aktiviti ammar pun bermula...

hhmmmm..penatnya jalan kat zoo melaka nie.. idak la besar mana kawasan zoo nie..tapi penat gak la... dan yang penting, zoo melaka nie kawasannya redup ngan pokok2 besar, banyak tempat duduk untuk berehat dan banyak toilet... beza sungguh ngan zoo negara kat ulu kelang nun.. cantik zoo melaka lagik.. lepas dah kepenatan berjalan..kami berhenti minum dan bebudak kecik makan ais krim,.. ammar bila tengok orang makan ais krim..dia pun nak jugak la..

lepas makan ais krim..kami terus jalan kuar dari zoo.. ammar pun dah lentok-lentok atas bahu aku..ngantuk sangat.. kami kuar dari zoo masa tu jam 12 lebih.. ada 2 jam lebih gak kami kat dalam zoo... kuar dari zoo kami terus gerak balik kuarters... kami sampai jam 2.45ptg.. sepanjang perjalanan..ammar tido lena.. tapi sesampai jer kat rumah..dia terus jaga.. main-main & round naik motor jap..pastu ammar sambung tido dari jam 5ptg sampai la jam 6.15pagi esoknya.. penat sangat agaknya.. (tak sempat nak mandi petang pun ammar nie..)