Kami:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lagu

masa dalam perjalanan balik dari Batang Jelai ke Kuarters Ahad lepas, dalam keta, ammar bosan..(perjalanan yg jauh & jem plak kat bukit putus) kena la aku nyanyikan lagu untuk ammar.. dari lagu Bangau oh Bangau, Baa Baa Black Sheep, Twinkle-twinkle little star, are you sleeping, mary had a little lamp, If you happy, old mc donald, dan sampai la aku merapu nyanyi lagu masa zaman aku sekolah rendah dan sekolah menengah.. salah satu lagunya..

Tajuk Lagu: JAMBATAN PULAU PINANG
Seberang Perai, Bandar yang Indah..
Menuju Pulau Pinang..
Merentas Selat yang Indah Permai..
Jambatan Pulau Pinang..
Kini Kau menjadi..
Lambang Malaysia..
Hasrat Kemegahan Tercipta..
Kini Kau menjadi Titian yang Muhibah..
Negara Malaysia...
Tercinta...
hehehheh... masa aku nyanyi lagu ni untuk ammar... ammar diam jer.. dia cam pelik..agaknya sebab tak pernah dengar lagu nie.. hubby aku plak kata "apa lagu la yang mama nyanyi nie kan ammar.. baik nyanyi lagu Negeri Sembilan..." Lagu negeri sembilan yang ada 'Bagai Aur dengan Tebing' tu kan papa? hehehhe..mama tak ingat la...teruk betul la aku nie kan.. lagu negeri sembilan pun tak ingat.. tapi serius woo..aku bebetul tak ingat.. (ada sesapa ingat tak? bleh tolong peringat kan aku yg pelupa nie..) lepas dah bergelak ketawakan lagu jambatan pulau pinang aku tuh, tetiba jer dalam kepala aku 1 melodi berseta lirik bermain-main di minda.. terus la aku nyanyi...
Tajuk Lagu: (aku tak tau)
Akulah Penyair yang turun dari gunung..
Beratus tahun telah ku duduk disitu..
Beratus-ratus tahun..
Ingin aku turun ke lembah..Melihat manusia..
Kecil miskin lagi hina..Hidup mereka, Melata-lata..
Tanganmu ku gengam ku julang ke udara
Akan ku jeritkan bagaikan halilintar
Kebebasan Abadi..
abis jer aku nyanyi lagu nie.. hubby gelak.. kata dia.."betul masyarakat peribumi mama ni.." hubby tak pernah dengar lagu nie?? cam heran jer aku nie.. rasa cam lagu nie glamer jer.. hehhehe.. lantak la.. tapi yang nyata, aku suka lagu-lagu nie.. dan tak lupa gak ngan lagu yang nie..
Tajuk Lagu: Bunga Matahari
Bunga matahari sangat cantik
Kembang diwaktu pagi
Daunnya Hijau, Bunganya kuning
Memikat kumbang lalu..
Bunga Matahari sangat cantik
Dihalaman rumahku
Darinya pagi hingga ke petang
Tak jemuku memandang..

1 ulasan:

Gr8_ejam berkata...

ni nk bg peringat.. tajuk lagu yg ada aur tebing tu... SETIA BERSAMA.. meh sy nyanyi jap ok.. ehem ehem...
Bersama setia, pemimpin dan rakyat, Seia sekata, menambahkan erat.
Dijinjing yg ringan, yg berat dipikul, Berjalan seiringan, dgn rasa syukur.
Jika ada kekusutan, dicari penyelesaian. Demi hari muka Negeri Sembilan.
Setia kepada raja, pemimpin serta negara. Berbakti dgn jujur, negeri aman makmur.
Ke gunung sama didaki, ke lurah sama turuni, biar ikhlas berusaha, demi negeri tercinta.
Bagai aur dgn tebing, saling perlu memerlukan. Rakyat dan, pemimpin, tidak mungkin dipisahkan.
abisss... heheheh nyanyila kuat2 ok. ada masa, singgah2la blog sy ye. babai.